Arteta Bangga Arsenal Tapau Dua Pasukan Terbaik Di Eropah

Mikel Arteta yang gembira dengan kemenangan Arsenal 2-0 ke atas Manchester City untuk mara ke final Piala FA.

Beliau menyatakan dengan kemenangan itu, bermakna mereka telah mengalahkan “dua pasukan terbaik di Eropah” pada musim ini iaitu Liverpool dan Manchester City.

Arsenal mencipta kemenangan 2-1 pada hari Rabu ke atas Liverpool, dan menang 2-0 ke atas City pada Sabtu.

Pep Guardiola, bagaimanapun, mengkritik prestasi City, dengan mengatakan mereka bergelut pada babak pertama di Wembley.

Dua gol dari Pierre-Emerick Aubameyang – pada minit ke-19 dan ke-71 – memastikan Arsenal mengenepikan juara bertahan dan memberikan City kekalahan piala domestik pertama sejak Februari 2018.

Selepas kemenangan ke atas juara, Liverpool, ia menunjukkan bahawa Arsenal optimis terhadap pasukan mereka di bawah kendalian Arteta, yang mengambil alih pada bulan Disember.

Selepas tamat perlawanan Arteta berkata: “Aku benar-benar happy dengan empat atau lima hari terakhir ini. Kitorang berjaya menewaskan dua pasukan terbaik di Eropah.”

“Sekali lagi, aku nak cakap aku sangat happy dengan pemain, prestasi diorang dan cara diorang berjuang di atas padang sangat hebat.”

David Luiz yang sebelum ini dipertanggungjawabkan di atas kekalahan 3-0 Arsenal pada Jun lalu di Liga Perdana di City tetapi beliau antara pemain dalam prestasi terbaik Arsenal dalam dua perlawanan ini.

Arteta berkata: “Aku tak pernah ragu pun dengan Luiz, tentang bagaiman dia bangkit. Dia mengangkat tangannya setelah tamat perlawanan itu.”

Memenangi Piala akan membantu Arsenal menyelamatkan slot bola sepak Liga Europa.

Arteta menyedari beraksi di Eropah sangat penting untuk membantu kewangan kelab.

Arteta ditanya mengenai masa depan Aubameyang. Dia berkata mengenai penjaring terbanyak:

“Cara dia memandang ketika saya berbicara dengannya, dia macam cukup yakin [untuk kekal]. Tetapi kalau dia dapat melihat kejayaan di masa hadapan, dan hala tuju yang kita ambil adalah yang tepat, jadi saya rasa dia akan lebih positif mengenainya.”

Guardiola mengatakan pasukannya tidak mempunyai keinginan. “Kami tidak bermain bola pun di babak pertama – tetapi kami bermain bola di babak kedua.”

“Dan di peringkat separuh akhir mahupun final, kamu harus membuat persembahan [keseluruhan] yang baik. Ia kadang-kadang berlaku. Hari ini pada separuh masa pertama kami tidak bersedia. ”

Guardiola memberi amaran bahawa City harus lebih baik ketika menjadi tuan rumah Real Madrid pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara bulan depan.

“Saya tidak perlu memberitahu mereka ni semua. Mereka mesti mengetahuinya – saya rasa mereka merasakannya. ”

“Perlawanan terakhir menentang Bournemouth tidak bagus dan hari ini babak pertama tidak bagus.”

“Kami bergelut untuk bermain di tahap kami dan kami mengetahuinya.”

“Kamu tidak perlu menjadi genius untuk menyedari bahawa kita harus meningkatkan standard kita berbanding Madrid – jika kita ingin mempunyai peluang untuk mara, “katanya.

Baca yang lain