Arteta Anggap Arsenal Setanding Liverpool, Cuma Kalah Kualiti Dalam Kotak Penalti

Pengurus Arsenal memberitahu bahawa pasukannya setanding Liverpool, namun masih ketinggalan dari segi kualiti di dalam kotak penalti berbanding dengan Liverpool.

Liverpool meneruskan pemburuan kejuaraan musim ini dengan merapatkan jurang mata kepada 1 mata sahaja. Berbanding 14 mata pada Januari yang lalu.

Gol oleh Diogo Jota dan Roberto Firmino memastikan 3 mata berharga dibawa pulang oleh Liverpool dari Emirates.

Bercakap selepas tamat perlawanan, pengurus Arsenal menekankan bahawa, satu perkara yang benar benar membezakan Arsenal dan Liverpool ketika ini adalah kualiti ketika di final third. Aspek lain, Arsenal adalah setanding dengan Liverpool. Malah Arteta menganggap keputusan perlawanan tidak menggambarkan prestasi cemerlang Arsenal di Emirates.

Arteta memuji prestasi para pemainnya di bahagian lain yang menurutnya memberikan saingan sengit kepada Liverpool. Arteta berpendapat pasukannya cukup bagus untuk bersaing dengan Liverpool di bahagia lain, kecuali di zon serangan.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Arteta berkata: “Dari kotak ke kotak [kawasan ke kawasan di atas padang] kami adalah pasukan yang beraksi pada tahap yang betul.”

“Namun [dari segi kualiti] di dalam kotak penalti, di situlah mereka menewaskan kami.”

Arteta menganggap Liverpool sangat tajam dalam memanfaatkan peluang berbanding dengan Arsenal. Kedua dua pasukan masing masing ada peluang keemasan ataupun big chances dalam perlawanan ini.

Arsenal gagal menyempurnakan hantaran cantik Martinelli. Dan kemudian percubaan jarak dekat Odegaard selepas kesilapan oleh Thiago, juga gagal disempurnakan – di mana ianya telah diselamatkan oleh Alisson Becker.

Arteta menambah lagi: “Mereka ada 2 peluang keemasan dan mereka menyempurnakannya. Kami pula gagal menyempurnakan peluang terbaik kami.”

“Kami ada dua momen besar dalam perlawanan ini. Gabriel Martinelli menghantar melepasi penjaga gol. Dan kemudian Martin [Odegaard] turut memiliki peluang terhidang. Dalam perlawanan seperti ini, kamu harus mendahului.”

“Apabila kamu bolos seperti gol yang kami kami lepaskan hari ini, ianya menjadi sangat sukar untuk memenangi perlawanan.”

“Saya rasa keseluruhan pasukan ini bermain dengan sangat baik. Saya tak rasa keputusan hari ini adalah gambaran kepada persembahan kami.”

“Untuk yang selebihnya kami memberikan sangai sengit kepada salah sebuah pasukan terbaik di dalam liga ketika ini.”

“Dua pasukan teratas [City dan Liverpool] telah menetapkan penanda aras terbaru pada musim ini. Untuk berdepan dengan tekanan itu, saya harus ucapkan syabas kepada pasukan kami. Namun kita harus memenangi perlawanan, di mana hari ini kita gagal melakukannya.”

Arteta juga menyatakan bahawa para pemainnya sudah melakukan segalanya. Ditambah dengan sokongan padu daripada penyokong Arsenal dari minit pertama sehingga wisel penamat.

Arteta juga yakin para pemainnya sudah membuktikan bahawa mereka sudah meningkatkan tahap prestasi mereka.

“Segalanya,  yang saya cakapkan sekarang ini adalah tentang segalanya, dari segi kualiti, mentaliti, intensiti dan kesungguhan. Malangnya keputusan tidak selari dengan prestasi kami.”

“Cara para pemain kami beraksi dengan menunjukkan kesungguhan mereka ada, mereka benar benar sudah menaikkan tahap prestasi mereka.”

“Saya mahu memenangi setiap perlawanan bola sepak, namun saya berasa sangat bangga dengan prestasi anak anak buah saya, dan hubungan dengan para penyokong, mereka terus menyokong sehingga ke akhir perlawanan.”

“Kami harus tidur secukupnya dan makan sesuatu untuk pulih menjelang aksi Sabtu akan datang, bertarung menentang Aston Villa.”

“Secara mentaliti kami sudah bersedia untuk aksi seterusnya. Berdepan dengan Aston Villa adalah perlawanan yang berbeza dan ianya akan menjadi perlawanan yang sangat sukar.”

Ditanya, sama ada para pemain Arsenal boleh mengendalikan tekanan untuk misi 4 teratas mereka, Arteta berkata: “Saya rasa mereka sudah menunjukkan kemampuan mereka malam ini.”

Arsenal sudah beberapa tahun gagal beraksi di pentas UCL. Lebih malang musim ini, mereka malah gagal beraksi di UEL dan UECL sekalipun.

Liverpool kini terus memberikan tekanan kepada juara bertahan Manchester City. Aksi Liverpool dan City di Etihad pada April nanti pastinya akan berpotensi menjadi penentu kejuaraan liga.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di