Arteta Tak Akan Sign Penyerang, Percayakan Eddie Nketiah Musim Depan

Sumber paling dipercayai peminat Arsenal, David Ornstein melaporkan bahawa, Arsenal tidak akan memburu penyerang berkelas dunia pada jendela perpindahan akan datang.

Jika ada pun, mereka akan mendapatkan penyerang untuk back up kepada Gabriel Jesus.

Arsenal sudah hampir pasti akan menjual salah seorang penyerang paling menyerlah di Eropah musim ini, Folarin Balogun.

Dan Arteta menaruh kepercayaan kepada Eddie Nketiah untuk menjadi pilihan kedua di belakang Gabriel Jesus.

Laporan tersebut menyebut: “Balogun dijangka akan dijual. Nketiah, baru sahaja menandatangani kontrak baharu.”

“Jadi anda boleh menjangkakan bahawa Arsenal akan terus menaruh kepercayaan kepadanya dan Jesus.”

“Saya tidak mendengar ada cadangan bahawa mereka akan membawa penyerang baharu. Saya rasa mereka akan memfokuskan untuk posisi lain.”

Beberapa hari lalu, laporan dari UK menyebut, Stan Kroenke sedia memberikan Arteta GBP200 juta untuk dibelanjakan. Ianya selepas Arsenal berjaya mara ke UCL musim hadapan.

Jadi kelab itu memiliki pendapatan yang lebih banyak daripada musim ini.

Arteta memiliki beberapa pemain lain lagi yang turut memiliki rekod jaringan yang baik. Mereka ialah Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Martin Odegaard.

Arteta mahu mencari pengganti kepada Granit Xhaka yang sedang menuju ke Bayer Leverkusen.

Antara nama dikaitkan dengan Arsenal ialah Declan Rice dan juga Moises Caicedo.

Kedua dua pemain memiliki tanda harga yang sangat tinggi.

Sebelum ini Caicedo pernah mendesak perpindahan ke Arsenal secara terbuka menerusi hantaran di IG.

Namun entah kenapa tiba tiba dia melanjutkan kontrak baharu selepas itu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di