Arteta: “VAR Dan Pengadil Hari Ini Bagus Sekali”

Mikel Arteta memuji VAR dan pengadil dalam aksi antara Arsenal dan Burnley semalam. Dan beliau menegaskan bahawa pengadil dan VAR mendapat sokongan daripadanya.

Arteta sebelum ini menjadi subjek hangat di media selepas melabel VAR dan pengadil akasi menentang Newcastle sebagai memalukan.

“Gol itu tidak patut diberikan dan ianya memalukan. Selama 20 tahun saya di sini, hari ini gol seperti itu diberikan, ianya jelas jauh daripada standard liga kita ini yang kita selalu anggap terbaik di dunia,” kata Arteta.

“Ada 3 pemeriksaan dibuat. Saya pasti lebih daripada 1 kesalahan daripada insiden itu, namun tak satu yang sangkut,” jelas Arteta lagi merujuk kepada sama ada bola sudah keluar, atau Gordon sudah ofsaid atau Gabriel dikasari.

Dan Arsenal turut mengeluarkan kenyataan menyokong pengurus mereka itu. Arteta kemudian menegaskan bahawa tugasannya adalah untuk mempertahankan dan membela kelabnya. Sebab itu dia berani bersuara tentang perkara yang dianggap tidak adil untuk Arsenal.

Media dan pundit di England ramai yang mengecam Arteta sebagai tidak boleh menerima kekalahan pada minggu lalu. Kemudian panel bebas mengeluarkan analisis mengesahkan gol Gordon adalah betul.

Walaupun pundit Martin Keown tidak setuju dengan hasil analisis panel bebas dan masih percaya bahawa Joelinton mengasari Gabriel sebelum gol terhasil.

Dalam aksi antara Arsenal dan Burnley semalam, The Gunners menang 3-1 untuk menguatkan sekali lagi kempen cabaran kejuaraan mereka.

Leandro Trossard, William Saliba dan juga Zinchenko dalam senarai penjaring Arsenal sementara Josh Brownhill sempat menjaringkan gol saguhati.

Terdapat satu lagi keputusan pengadil yang kontroversi di mana Fabio Vieira dibuang padang pada minit ke-83.

Arteta kemudian minta ditanya tentang pendapat beliau berkaitan kad merah itu. Dan jelas dia sebenarnya menganjing VAR dan pengadil sambil memuji pengadil dan VAR.

Arteta jelas tidak berminat terlibat dalam satu lagi subjek perbalahan di EPL minggu ini kerana dia mengkritik pengadil sebelum ini. Jadi dia memilih cara sarcasm.

Arteta berkata: “Tolonglah tanya saya tentang VAR hari ini. Kerana VAR sangat bagus sekali hari ini.”

“Saya berharap saya masuk tv masa cakap ni, pengadil sangat bagus, dan saya menyokong mereka sepenuhnya dan sangat konstruktif.”

“VAR tepat, pengadil pun tepat, keputusan yang sangat bagus, sangat positif, bagi pihak Mikel untuk bercakap tentangnya,” tegas pengurus asal Sepanyol itu lagi.

Peminat Arsenal ternyata menyukai cara Arteta menganjing balik wartawan dalam sesi tersebut. Kerana Arteta sebelum ini dihentam teruk hanya kerana dia meluahkan pandangan peribadinya.

Baca yang lain