Artis Ini Implan Rantai Emas Kat Kepala Demi Followes Tik Tok

Seorang artis rap Mexico, Dan Sur mendakwa dia sebagai artis pertama yang menanam rambut emas di kepalanya. Rambut tersebut merupakan rantai emas yang ditanam pada kepalanya.

Dan Sur mengimplan emas itu pada kepalanya hanya kerana dia mahu menambah pengikut di media sosial. Di mana sebelum ini dia tidak begitu mendapat perhatian daripada ramai pihak.

Caracol TV melaporkan bahawa penyanyi lelaki itu melakukan pembedahan tersebut pada awal April lalu.

Dan Sur menegaskan bahawa beliau mencari kelainan di dalam gaya rambutnya. Dia menyatakan bahawa dia dapat kejayaan besar selepas perubahan imej itu.

Di mana sebelum melakukan pembedahan cuma ada 12 ribu pengikut di TikTok. Tidak lama selepas melakukan pembedahan mahal itu dia kini sudah ada lebih 1.9 pengikut Tik Tok serta 10 ribu pengikut di ruangan Instagram.

Dan Sur gembira kerana berjaya mengumpul berjuta-juta tontonan untuk video TikTok terbarunya. Video tu biasanya tentang lagu yang dia nyanyikan serta proses rakaman. Dia juga banyak memuat naik gambar dan video aktiviti-aktiviti lain.

Dan Sur menyatakan dia mahu mencari kelainan. Sebab rappers lain dah terlalu biasa dengan mewarnakan rambut.

Dan Sur bukan artis pertama yang melakukan benda pelik itu. Sebelum ini Lil Uzi menjadi popular selepas dia melekatkan berlian merah jambu pada dahinya.

Namun berlian itu kelihatan dah hilang dalam penampilannya kepada umum pada baru baru ini. Dia menyatakan, berlian itu tertanggal ketika dia terjun ke arah penonton di Rolling Loud Festival Miami.

Lil Uzi dikatakan kehilangan berlian bernilai $24 juta yang dirembat daripada dahinya itu. Tetapi dia menafikannya dengan menyatakan bahawa dia masih ada berlian itu walaupun ianya tertanggal.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di