Arturo Vidal: Antara Pemain Paling Kontroversi Dalam Sejarah Bola Sepak

Arturo Vidal antara pemain bola sepak paling kontroversi dalam sejarah. Pada 2007, seorang pemain remaja bernama Arturo Vidal telah disembur dengan lada dan diheret ke penjara selepas menyerang pengadil.

Dan itu hanya permulaan kisah kerjaya bola sepak Vidal yang turut diwarnai kontroversi di luar padang.

Kekacauan bermula apabila Vidal dipanggil menyertai skuad Piala Dunia B-20 Chile. Selepas kekalahan separuh akhir yang kontroversi, pemain remaja Chile bernama Vidal telah mengejar pengadil di tempat letak kereta.

Di mana dia dan rakan rakannya telah memecahkan tingkap bas yang membawa pegawai perlawanan, dan Vidal dengan beraninya melawan polis sebelum polis menyembur lada dan mengheretnya masuk ke dalam kereta kalis peluru polis.

Insiden itu kurang mendapat perhatian di luar negara. Namun di Chile ianya menjadi topik panas.

Beberapa tahun kemudian, dia dipilih untuk aksi kelayakan Piala Dunia skuad senior.

Tetapi dia tiba 45 minit lewat untuk latihan, ianya membuatkan pengurus pasukan marah dan mengancam bahawa Vidal dan beberapa rakannya yang tidak berdisiplin itu akan digantung daripada mana mana tugasan antarabangsa selama 20 perlawanan. Ya ! 20 perlawanan.

Namun sudah tentunya 20 perlawanan terlalu banyak. Jadi mereka digantung 10 perlawanan antarabangsa.

Arturo Vidal, Carlos Carmona, Jorge Valdivia and Jean Beausejour dan Gonzalo Jara kesemuanya digantung. Mereka adalah nama nama penting yang akan mengharumkan nama Chile beberapa tahun kemudian.

Pada tahun 2013, sebuah video kontroversi muncul di mana dia dan Gary Medel dalam satu panggilan webcam mabuk dengan model Colombia sebelum perlawanan besar menentang Paraguay.

Dan apabila Chile layak ke Piala Dunia, dia telah berparti sepanjang malam dan terlepas penerbangannya kembali ke Itali.

Apabila dia pulang ke Juventus, kelab itu tidak gemar dengan tabiatnya yang suka berparti.

Tabloid Itali menyiarkan gambar Vidal bergaduh dengan pengawal luar kelab malam pada 5:30 pagi, pada hari perlawanan Serie A menentang Roma.

‘La Piranha’ didenda €100,000 oleh Juventus kerana kesalahan itu.

Pada 2015, Arturo Vidal menjadi wira penting negaranya dalam kejayaan menjuarai Copa America.

Namun ada satu lagi kisah panas tentang Vidal ketika di tengah tengah kejohanan berlangsung. Di mana dia telah terlibat kemalangan dengan kereta Ferrari mewahnya yang terbakar. Ianya kerana dia memandu dalam keadaan mabuk, ketika sedang pulang dari kasino.

Lesennya digantung oleh polis Chile. Namun pengurus pasukan, Jorge Sampaoli memutuskan untuk tidak membuangnya daripada kem pasukan.

Sampaoli menyatakan: “Dia memang kuat minum dan sukar mengawal diri apabila mabuk.”

“Ada sekali tu, ketika dalam perjalanan ke Lima, Peru, dia meminta bir daripada saya, saya kata tak boleh minum bir. Lalu dia keluarkan sebotol wiski dan meminumnya.”

2 bulan kemudian Arturo Vidal dikenakan tindakan disiplin kerana hadir ke sesi latihan Juventus dalam keadaan mabuk.

Selepas itu ketika menyertai Bayern dia terlibat dalam pergaduhan ketika pesta bir Oktoberfest. Di mana dia yang sedang mabuk telah menghempas botol Grey Goose di atas kepala seseorang. Polis mengenakan tindakan ke atas Vidal. Dia didenda €700,oo0. Denda yang dianggap sangat berat untuk kesalahan bergaduh ketika Oktoberfest. Mujur dia pemain bola sepak duit bekepuk.

Bayern memutuskan tidak akan menyambung kontraknya kerana masalah disiplin. Dan dia menyertai Barcelona.

Pada Copa America 2021, dia yang bergelar pemain veteran pada masa itu telah menyeludup masuk sekumpulan pelacur ke dalam hotel pasukan mereka.

Dia sekali lagi dikenakan tindakan oleh pengurusan pasukan.

Selepas video tular menunjukkan dia mabuk sambil duduk atas Ferrarinya, dia datang ke pusat latihan Inter Milan dengan Fiat Panda yang klasik.

Itulah kisah pemain bola sepak bernama Arturo Vidal yang penuh dengan kegilaan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu