Aston Villa Letak Tanda Harga £100 Juta Untuk Grealish

Manchester United antara kelab yang berminat dengan Jack Grealish. Namun mereka terpaksa akur selepas Aston Villa meminta sekitar £80 juta pada ketika itu.

Ole Gunnar Solskjaer ketika itu menjadikan Grealish sebagai salah satu sasaran utama beliau untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

Stretty News melaporkan bahawa usaha untuk berunding dengan Villa bagi mendapatkan Grealish sebenarnya tidak berjalan dengan lebih baik kerana United terlalu fokus kepada usaha untuk membawa masuk Jadon Sancho.

Akhirnya Aston Villa berjaya meyakinkan Grealish untuk menandatangani kontrak baharu.

Seterusnya, jika Man United masih berminat untuk mendapatkan Grealish, mereka perlu membayar lebih mahal untuk pemain itu. Kerana Aston Villa kini meletakkan harga £100 juta untuk pemain itu,

The Telegraph melaporkan bahawa anggaran harga Jack Grealish kini meningkat £20 juta. Dan Villa hanya akan melepaskan pemain itu jika ada kelab sanggup membayar angka tersebut.

Ini kerana Aston Villa melihat Grealish sebagai salah seorang pemain terbaik di Eropah ketika ini.

Beliau menjaringkan enam gol dari 10 perlawanan awal musim ini dalam semua pertandingan dengan Villa.

Grealish turut berjaya membuat debut di pasukan kebangsaan England pada 8 September, ketika seri 0-0 menentang Denmark. Di mana dalam tugasan antarabangsa, Grealish beraksi sangat baik.

Aston Villa merasakan bahawa mereka berhak mendapat angka itu dan media Inggeris mulai membandingkan pemain tersebut dengan Eden Hazard.

Seperti juga Manchester United, Independent juga mengaitkan Jack Grealish dengan Manchester City, yang dilaporkan mengambil minat terhadap pemain penyerang berusia 25 tahun itu.

Sementara itu, Alan Hudson, legenda Chelsea, sebelum ini pernah menyarankan agar Blues berusaha membawa Jack Grealish walaupun mereka harus menebusnya dengan harga tinggi.

“Sekiranya saya Frank (Lampard) saya akan ‘memecahkan’ bank untuk memiliki gandingan Jack Grealish, (N’Golo) Kante dan (Christian) Pulisic di tengah.”

“Bahagian tengah selalu menjadi kunci kepada perkembangan dan pembangunan sesebuah pasukan … Lihatlah Manchester City, di mana mereka berada sejak kehilangan pemain tengah yang terbaik: David Silva, “katanya kepada CaughtOffside.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di