Athletic: Rundingan Arsenal Mendapatkan Arthur Gagal Kerana Kroenke Bikin Spoil

Peluang untuk pasukan Inggeris, Asenal mendapatkan Arthur Melo dikatakan semakin mustahil. Ini selepas Stan Kroenke menolak permintaan Edu untuk menuruti syarat yang diletakkan oleh Juventus.

Sebelum ini Arsenal dikatakan sangat hampir mendapatkan Melo selepas segala rundingan antara Edu dan Juventus berjalan dengan positif.

Tetapi Juventus meminta Arsenal meminjam Arthur Melo sekurang kurangnya 18 bulan, jika Arsenal mahukan pemain itu secara tetap dalam klausa pinjaman mereka. Perkara itu diajukan Edu kepada Kroenke.

Edu merasakan bahawa syarat tersebut adalah munasabah dan harga tebus harga tetap pun tidak terlalu mahal. Edu mengerti pandangan Juventus yang merasakan enam bulan sahaja terlalu pendek untuk pemain tersebut dinilai untuk opsyen pembelian tetap – kerana Arsenal sedia meletakkan klausa tersebut.

Juventus kemudian meletakkan harga EUR40 juta untuk tebus kontrak tetap Melo. Arthur Melo merupakan sasaran utama Arteta untuk posisi tengah kerana menepati profil pemain dimahukannya.

Kroenke rosakkan program

Dalam laporan terbaru The Athletic, pengarah teknikal Arsenal Edu sedia menerima syarat tersebut untuk pinjaman 18 bulan, tetapi apabila dia bertanya kepada ketua pegawai kewangan pasukan Arsenal, mereka menolak syarat tersebut.

Menurut The Athletic, rundingan antara Arsenal dan Juventus untuk Arthur sudah dikira tamat dan berkecai kerana Kroenke. Dengan Arthur bersedia untuk kekal di Turin sehingga akhir musim 2021/2022.

Juventus, sebaliknya, berharap untuk menjual Rodrigo Bentancur kepada Aston Villa secara perpindahan tetap, walaupun saga perpindahan tersebut juga menghadapi masalah. Juventus menetapkan tanda harga €20-25 juta untuk pemain antarabangsa Uruguay itu. Namun Aston Villa merasakan pemain itu harus diletakkan dengan nilai sedikit lebih rendah.

Sebelum ini Arsenal dilaporkan tewas dalam perebutan tandatangan Dusan Vlahovic kepada Juventus. Mungkin sebab itu Kroenke mahu menunjukkan sedikit kuasanya kepada kelab Itali itu.

Seterusnya, Fabrizio Romano turut melaporkan bahawa Arsenal turut tewas dalam perebutan untuk mendapatkan Bruno Guimares dari Lyon yang sudah mempersetujui tawaran Newcastle United.

Namun tidak lama selepas itu, Lyon menafikan perkara tersebut secara terbuka.

Oleh sebab itu Arsenal telah kembali semula untuk memancing pemain tersebut.

Selain daripada itu, Arsenal turut menjadikan Alexander Isak sebagai sasaran terbaru mereka selain daripada Dominic Calvert Lewin selepas terlepas Dusan Vlahovic.

Arsenal berdepan masalah kerana polisi mereka

Arsenal berdepan dengan masalah rundingan terlalu lama untuk sesuatu sasaran perpindahan. Membuatkan mereka semakin kesuntukan masa untuk mendapatkan pemain baharu.

Misalnya, ada laporan menyatakan bahawa Arsenal cuba untuk menggunakan taktik ketika mereka mendapatkan Partey pada musim sebelum ini untuk mendapatkan Isak dengan cuba menandatangani pemain itu pada saat saat akhir dengan membayar klausa pelepasan yang ada pada pemain itu.

Namun sekarang ini, taktik itu mungkin agak sukar. Kerana laporan dari Sepanyol menyatakan bahawa Real Madrid mulai berminat dengan pemain itu.

Selain itu, Florentino Perez memiliki hubungan yang baik dengan presiden kelab Real Sociedad.

Isak dianggap pemain yang akan menjadi serampang dua mata untuk Real Madrid. Beliau boleh menjadi pemain pengganti jika Real Madrid gagal mendapatkan Haaland atau Mbappe.

Pada masa yang sama, jika Real Madrid berjaya mendapatkan Erling Braut Haaland dan Kylian Mbappe sekalipun, Isak akan menjadi pemain yang boleh menjadi pemain skuad untuk mengisi squad depth.

Bukan itu sahaja, pasukan Real Madrid boleh berkira kira untuk melepaskan Luka Jovic jika Isak dibawa masuk dan mereka berjaya mendapatkan sama ada Mbappe atau Haaland.

Madrid mahu memastikan musim hadapan mereka akan memiliki pasukan lebih bugar dan mantap dari segi umur.

Seterusnya Arsenal juga sangat cuai dalam perpindahan seperti Vlahovic. Bagaimana tak seorang pun pegawai scouting mereka mengetahui bahawa pemain itu sudah memeterai perjanjian air liur ataupun verbal denagn Juve.

Baca yang lain