Atlet Israel Ini Kecewa Tak Dapat Pingat Dan Diboikot Lawannya 2 Kali

Tohar Butbul tidak dapat menahan kesedihannya dalam temasya Tokyo 2020. Bukan sahaja gagal meraih sebarang pingat namun dia menjadi perhatian dunia kerana dua kali mendapat bye.

Ini selepas dua lawannya menolak untuk melawannya kerana dia peserta dari Israel. Butbul beraksi dalam kelas 73kg. Namun dua lawannya yang beragama Isla, Fetih Nourine dari Alegeria dan Mohamed Abdalrasool dari Sudan menolak untuk melawannya pada pusingan pertama dan pada pusingan kedua.

Di mana kedua dua atlet tersebut menyatakan bahawa mereka bersolidariti untuk Palestine dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Tindakan terbaru Israel ke atas Palestine baru baru ini membuatkan atlet tersebut sanggup melupakan perjuangan mendapat pingat.

Dipetik dari AP, Nourine memutuskan untuk menarik diri dari pertarungan sebagai bentuk sokongan untuk Palestin. Nourine dan jurulatihnya kemudian digantung oleh Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan akreditasi mereka ditarik oleh Jawatankuasa Olimpik Algeria.

Ini bukan pertama kali Nourine menolak untuk melawan Butbul. Nourine membuat keputusan yang sama ketika dia dijadualkan bertemu Butbul di Kejuaraan Dunia Judo 2019 yang lalu.

Nourine menganggap ianya bukan keputusan yang mudah, kerana dia sudah berlatih bertahun tahun lamanya untuk sampai ke Tokyo. Namun demi rakyat Palestine beliau melakukannya.

Abdalrasool yang dijadualkan bertemu Butbul pada pusingan kedua Olimpik Tokyo pada Isnin lalu, juga tidak mahu bertarung dengan Butbul dan tidak hadir.

Abdalrasool tidak mengeluarkan pernyataan rasmi, tetapi berita yang diterima oleh pihak Butbul bahawa judoka Sudan mengalami kecederaan bahu. Pasukan Butbul tidak pasti mengapa Abdalrasool mengundurkan diri kerana kecederaan bahu.

“Perkara seperti ini kadang-kadang berlaku di judo, jadi bukanlah terlalu aneh bagi saya. Saya hanya perlu menunggu, tetap fokus dan menunggu peluang pertama,” kata Butbul kepada wartawan.

Setelah diboikot dua kali, Butbul kemudian menewaskan Victor Stepru dari Moldova. Judoka yang berusia 27 tahun kemudian kalah di tangan Changrim An (Korea Selatan) di suku akhir, dan tewas sekali lagi kepada Arthur Margelidon (Kanada) pada pusingan repechage. Dan peluang untuk memenangi pingat di Olimpik Tokyo berakhir.

Butbul adalah judoka dari Israel yang mempunyai prestasi yang cukup baik. Dilahirkan di Zoran, Israel, pada 24 Januari 1994, Butbul terakhir memenangi pingat perak pada Kejuaraan Eropah 2021.

Butbul sering mendapat penolakan daripada lawannya di gelanggang judo.

“Saya datang ke Olimpik Tokyo semata-mata untuk meraih pingat, dan sangat sukar bagi saya untuk menerima kenyataan bahawa saya tidak mencapai sasaran,” kata Butbul, yang menduduki tempat ketujuh di Olimpik Tokyo.

IJF sudah beberapa kali menghukum atlet yang enggan tampil menentang judokas Israel itu. Pada April 2021, IJF menjatuhkan hukuman penggantungan empat tahun ke atas atlet Iran kerana persekutuan negara itu melarang judoka mereka menentang wakil dari Israel.

IJF juga menyiasat Kesatuan Judo Iran setelh bekas atletnya, Saeid Mollaei mengakui bahawa dia diminta kalah di separuh akhir Kejuaraan Dunia 2019 di Tokyo, Jepun, untuk mengelakkan menghadapi Sagi Muki Israel di final.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di