Atok Panik Tanpa Seurat Benang Kejar Babi Berperangai Monyet

Korang mesti biasa dengan monyet yang melarikan diri dengan barang-barang korang atau kawan korang.

Namun jarang sekali mendengar babi hutan berperangai monyet dan melarikan barang manusia.

Sikap seekor babi itu memang agak babi sekali kerana babi tersebut membuatkan seorang warga emas telanjang bulat mengejarnya.

Gambar kejadian itu dikongsi secara meluas dalam talian selepas Adele Landauer, warga Berlin, menyiarkannya ke Facebook dan Instagram.

Memberikan perincian keseluruhan kejadian itu, Adele menulis dalam kapsyen:

“Seekor babi hutan betina dengan dua anaknya keluar dari hutan untuk mencari makanan. Di Berlin kita adalah orang bebas – kita suka mandi di bawah sinar matahari dan tasik seperti kita dilahirkan. ”

“Oleh itu, terdapat banyak orang yang meletakkan tuala mereka dengan telanjang. Ramai di antara kita takut tetapi babi hutan kelihatan ok je di sini.”

“Setelah babi itu makan pizza dari beg galas seorang lelaki yang sedang berenang di tasik, mereka  [babi] mencari pencuci mulut.”

“Babi babi itu menjumpai beg kuning ini dan memutuskan untuk mengambilnya.”

“Pada saat lelaki itu menyedari bahawa babi itu mengambil beg yang berisi komputer riba dia pun berlari mengejar mereka … telanjang.”

Menurut Adele ketika dia menunjukkan gambar-gambar itu kepada lelaki itu, dia sangat geli hati dan mengesahkan atok tersebut memberikannya izin untuk menggunakannya.

Menurut catatan itu, lelaki itu berjaya mendapatkan begnya semula setelah beberapa ketika dan semua orang di sekitarnya ‘bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya’.

Namun itu bukanlah hari terakhir babi babi itu tadi beraksi. Adele pergi ke taman tersebut pada hari seterusnya dan berjumpa sekali lagi dengan babi dan anak anaknya.

“Jadi, hari ini saya pergi ke tasik ini lagi. Dan boleh anda bayangkan? Babi hutan ibu yang sama dengan anaknya ada di sana lagi.”

“Ibu babi dan anak babi itu mencari makanan lagi. Sama sama kita berharap lelaki lain tidak perlu berlari seperti itu di hadapan orang lain – mengejar babi hutan untuk ,menyelamatkan harta benda.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali