Audio Rakam Tak Delete: Perez Label Raul & Casillas Scammer, Tak Boleh Harap Langsung

Satu rakaman perbualan di antara Florentino Perez dengan Jose Antonio Abellan telah dibocorkan. Abellan telah mendedahkan audio tersebut kepada El Confidencial.

Dan dalam perbualan pada tahun 2006 itu, Florentino melabel Iker Casillas dan Raul sebagai scammer. Maka tidak hairanlah dua pemain tersebut tidak diberikan sebarang perlawanan testimonial di Santiago Bernabeu.

Raul dan Iker Casillas dianggap antara dua nama legenda sejati Real Madrid di dalam sejarah. Namun di mata Perez kedua dua legenda itu hanyalah penipu.

Audio yang berusia 15 tahun itu ternyata menggemparkan ramai pihak. Dan peminat Real sendiri marah dengan Perez yang dianggap telah menghina dua pemain tersebut.

Dalam audio itu Perez berkata: “Casillas bukan penjaga gol standard Real Madrid, apa yang boleh saya katakan? Dia bukan dan tak akan pernah mampu menjadi penjaga gol Real Madrid sebenar.”

“Dia adalah kegagalan kita semua. Masalahnya, di sini semua orang mengagumi dia, menyayangi dia, bercakap dengan dia dan mempertahankan dia sangat sangat.”

“Dia adalah salah seorang penipu terbesar, seorang lagi Raul, dua penipu terbesar dalam Real Madrid. Raul pertama dan kedua Casillas.”

“Mereka pemain yang mementingkan diri, mereka jenis tak boleh harap langsung dalam apa apa jua.”

Seterusnya Perez menganggap dua pemain itu sebagai kaki komplen dan suka kondem orang lain. Casillas dan Raul memang dikenali dengan sikap terbuka mereka.

Namun peminat Real Madrid sentiasa menyokong mereka kerana bagi mereka Casillas dan Raul orang yang tidak mahu kelab dalam keadaan yang teruk. Jika ada benda tak betul mereka akan terus kritik.

Tetapi Perez ternyata tidak suka dengan dua pemain tersebut.

“Jika kamu silap sikit, mereka berdua ni akan membuatkan kamu kecewa [kerana kerap mengkritik], ini sangat tak masuk akal. Saya ada pandangan yang teruk tentang pemain pemain ini.”

“Raul ni teruk, dia ingat Real Madrid ni dia yang punya dan menggunakan apa yang ada di Real MAdrid ni untuk kepentingannya sendiri.”

“Dia adalah teladan yang negatif di sini, dia sedang menghancurkan Real Madrid dan moral para pemain. Sebab tu mereka akan kata, yang teruk adalah Madrid bukannya Raul. Sangat teruk bila mengenangkan betapa teruknya bebudak ni.”

Ketika audio itu dirakamkan, Perez meletakkan jawatan sebagai presiden Real Madrid dan kembali semula pada 2009.

Lebih menarik apabila Raul kini bertugas dalam pasukan Real Madrid Castilla – yang merupakan pasukan pembangunan Real Madrid. Pastinya Raul terkejut dengan laporan itu. Casillas memang sudah lama dipinggirkan Perez.

Raul merupakam penyerang yang disayangi peminat dengan menjaringkan 323 gol dalam 741 penampilan untuk Los Blancos. Raul masih tidak mahu memberikan sebarang komen tentang audio tersebut.

Perez sudah memberikan respon kepadanya menerusi kenyataan rasmi di laman web kelab

Perez berkata: “Merujuk kepada artikel yang diterbitkan El Confidencial yang menunjukkan komen yang dikreditkan sebagai komen yang saya buat, saya percaya, sangat penting untuk saya tampil memberikan penjelasan.”

“Artikel itu menyebut bahawa ianya adalah sebahagian daripada perbualan saya yang dirakam oleh Mr José Antonio Abellán, yang sebenarnya sudah bertahun tahun lamanya cuba menjual rakaman audio tersebut, malangnya dia gagal selama ini.”

“Saya sangat terkejut apabila ianya diterbitkan oleh El Confidencial, walaupun benda tu dah lama berlaku.”

“Kenyataan sekerat itu hanyalah sebahagian daripada perbualan dan ianya dikeluarkan untuk konteks lebigh luas – sepertimana yang mereka lakukan.”

“Saya faham, hakikatnya ianya sudah diterbitkan sekarang, selepas bertahun tahun lamanya daripada masa perbualan itu berlaku. Ini dipengaruhi oleh penglibatan saya sebagai orang yang berusaha memacu Liga Super Eropah.”

“Saya sudah menyerahkan perkara ini ke tangan peguam saya, yang sekarang ini sedang menilai situasi dan tindakan yang akan kami ambil.”

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu