Ayah Sane Mahu Sadio Mane Berterus Terang Saja Kalau Nak No.10

Ayah kepada Leroy Sane telah mencadangkan agar Sadio Mane meminta jersi nombor 10 daripada anaknya.

Ini kerana pemain antarabangsa Senegal itu sudah sinonim dengan nombor tersebut.

Sadio Mane rasminya menyertai Bayern Munich dengan nilai perpindahan £35.1 juta. Mane menyatakan bahawa dia sudah tak sabar untuk dengan projek bersama Bayern Munchen.

Pemain antarabangsa Jerman, Leroy Sane telah diserahkan jersi no 10 apabila dia menyertai Manchester City pada 2020, walaupun Mane mungkin memberikan saingan untuknya musim depan.

Mane menggunakan nombor itu semasa di Anfield dan kini berada di pentas antarabangsa bersama Senegal, dia mungkin mahukannya kembali.

Dan nampaknya tidak akan ada isu antara kedua-dua rakan sepasukan dalam kemungkinan itu, dengan ayah Sane iaitu, Souleymane Sane menegaskan bahawa perkara itu boleh direalisasikan dengan mudah.

“Sadio Mane dikenali dengan nombor 10 di Liverpool dan pasukan kebangsaan – manakala di Bayern anak saya memakainya,” kata Sane Snr kepada Radio Futurs Medias.

“Jika Sadio mahukan nombor 10, saya pasti tiada masalah untuk Leroy memberikannya kepadanya.”

Mane telah mengakui bahawa dia percaya musim panas ini adalah ‘masa yang sesuai’ untuk menyahut cabaran baharu, dan meninggalkan bekas kelabnya.

Bersama Liverpool, Mane memenangi pelbagai trofi, termasuk Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, dan menjaringkan 120 gol daripada 269 penampilan di semua pertandingan.

Bercakap kepada media selepas menyertai Bayern, dia berkata: “Saya benar-benar jelas dalam fikiran saya. Apabila saya diberitahu tentang minat dari Bayern, kami membincangkannya.”

“Saya rasa ia tak memakan hari pun, hanya beberapa saat dan saya membuat keputusan.”

“Saya fikir ia adalah keputusan yang tepat, masa yang sesuai dan kelab yang tepat. Sebagai penyokong Bayern atau pemain Bayern, anda sudah tahu projek kelab itu.”

“Jika anda bermain untuk kelab ini, anda perlu tahu anda berada di sini untuk berjuang untuk memenangi semua trofi yang mungkin.”

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari