Bagaimana Cristiano Ronaldo Berlari Begitu Pantas? Catat 32KMJ Pada Usia 36 Tahun

Cristiano Ronaldo baru baru ini mencatatkan masa larian luar biasa ketika berhadapan dengan Jerman. Dengan mengambil kira usianya 36 tahun, ianya lagi membuatkan kita kagum.

Pemain legenda Portugis itu menjaringkan gol pada minit ke-15 dengan serangan balas cantik.

BeIN membuat satu analisis tentang kepantasa larian Ronaldo ketika beliau memecut dari bawah sehingga ke atas pada jarak 92 meter. Di mana Ronaldo berjaya mecatatkan 14.2 saat walaupun pada saat akhir lariannya dia memperlahankannya untuk mengelak ofsaid.

Ronaldo mencatatkan kelajuan purata 32kmj dalam jarak 92 meter. Memang luar biasa. Ianya catatan terpantas dilakukan mana mana pemain bola sepak pada usia 36 tahun.

Jadi bagaimanakah Ronaldo menjadi begitu pantas?

Jika anda peminat ataupun pengikut Ronaldo dari dulu, beliau memang dikenali dengan larian kepantasan maut / killer pace. Cara Ronaldo berlari memang luar biasa.

Latihan yang betul dari kecil

Segalanya bermula daripada latihan sejak dari kecil. Ayah Ronaldo telah melatih anaknya – Cristiano dan Raul berlari sejak dari kecil. Walaupun selepas itu Ronaldo tidak mendapat latihan daripada ayahnya lagi, namun Ronaldo memasuki akademi Sporting sejak usianya muda lagi.

Beliau mendapat tempat dalam akademi berprestij itu pada usianya 16 tahun. Di situlah beliau menimba lebih pengalaman dan memperbaiki lagi teknik lariannya. Bukannya bergantung kepada skil pada kakinya semata mata.

Berlari di atas padang tanah rumput tak sama dengan berlari dengan kasut spike di trek.

Bekas pemain Man United, Quinton Fortune menceritakan pengalaman beliau melihat anak muda bernama Ronaldo yang sentiasa mencabar dirinya ketika latihan dari segi beban muatan latihan.

Misalnya, Ronaldo telah mengikat pemberat pada kakinya dan kemudian melakukan latihan step over serta lariannya.

Oleh sebab itulah pada kemuncak peak beliau, Ronaldo merupakan pemain yang memiliki step over yang luar biasa.

Kedudukan kaki dan posisi badan

Ronaldo melakukan teknik larian yang betul sejak dari kecil. Salah satu kebiasaan Ronaldo adalah sentiasa berjengket. Ianya mungkin nampak remeh.

Setiap kali bergambar pasukan, Ronaldo kerap dilihat berjengket. Salah satu perkara yang penting bagi seorang pemain bola sepak adalah kesiapsiagaan dalam apa jua keadaan.

Pemain yang sentiasa bersedia dengan keadaan berjengket akan sentiasa memiliki kelebihan melakukan pecutan beberapa langkah lebih awal.

Begitu juga pemain yang berlari termasuk pelari pecut semuanya berjengket.

Oleh sebab itu pemain yang suka memendapkan kaki mereka di permukaan padang dianggap malas dan tidak berdisiplin.

Kita kongsikan semula satu gambar pemain Spurs dengan body positioning mereka yang terbaik

Dalam gambar di bawah ini, Spurs bermain dengan high line defending.

Apa yang mereka lakukan, mereka masih kekalkan asas teknikal dalam bertahan. Cuba anda perhatikan, apa aspek itu?

Dapat?

Ya! Body positioning. Perkara ini ramai pertahanan di dalam liga kita sangat gagal, kedudukan badan tu mengadap ke hadapan dan tidak dalam keadaan bersedia.
Apa yang dilakukan pertananan Spurs.

1. Body positioning dibuka untuk 2 angle supaya tak easily outplayed dengan through pass. Jika terlalu mengadap ke depan, pemain akan ambil masa untuk berputar dulu baru boleh generate run, masa tu dah berapa langkah dah lawan di hadapan

2. Kedudukan kaki mereka adalah on their toes. atapun jengket. Benda ni sangat asas dalam bola sepak. Ramai pemain yang suka mendapkan kaki ke padang. Paling sedih ada pemain masa berlari pun pakai tumit.

Ronaldo ambik team photo pun berjengket. Bagi kita ia kelakar, tetapi bagi dia ianya sudah habit, asal dalam padang, itulah kedudukan kakinya. Dan cuba membentuk diri agar tak malas berdiri macam tu.

Faktor fizikal

Seterusnya dalam buku autobiografi yang ditulis oleh Guillem Balague, penulis menjelaskan bahawa, keturunan Ronaldo memang ada DNA yang pantas berlari.

Beliau lahir di Madeira, Portugal berdekatan dengan Afrika. Jadi, otot Ronaldo sangat bagus, ianya sangat pantas. Ketika di Sporting, beliau dengan cepat mendapat otot berbanding pemain muda yang lain.

Pada Piala Dunia 2018, Ronaldo mencatatkan larian kedua terpantas di belakang pemain yang jauh lebih muda daripadanya iaitu Kylian Mbappe.

Selain itu harus diakui pemilihan kasut yang sesuai juga membantu Ronaldo. Jadi pilihlah kasut yang betul untuk kaki anda supaya mendapat prestasi terbaik ketika berlari.

Belajar daripada yang terbaik

Kegilaan Ronaldo kepada kepantasan dan pecutan membuatkan beliau seringkali belajar daripada rakannya Usain Bolt tentang tips larian.

Dengan latar belakang Ronaldo sebagai legenda United dan Usain Bolt yang peminat tegar United, maka mereka memang ngam.

Rutin latihan tambahan

Ronaldo mengekalkan tahap fizikalnya dengan rutin latihan yang sangat luar biasa. Beliau menjaga pemakanan dan juga sentiasa bersenam di gym – sama ada di kompleks kelab ataupun di rumahnya.

Cristiano Ronaldo dilabel oleh Sir Alex sebagai obses dengan latihan. Dengan peningkatan luar biasa daripada seorang pemain muda kepada salah seorang pemain terbaik dalam sejarah dunia, bukan perkara yang mudah.

Sir Alex Ferguson pernah berkata: “Apa yang berlaku kepada kariernya bukan kebetulan. Saya melihat Ronaldo berlatih sepanjang masa di pusat latihan.”

Jika korang nak menjadi seperti Ronaldo, korang kena tahu, 3 perkataan yang menjadi pegangan adalah; displin, motivasi, dedikasi.

Ketika Ronaldo dibawa masuk ke Manchester United, salah satu perkara terbaik berlaku dalam hidupnya adalah mendapat fasiliti dan staf kejurulatihan yang berkelas dunia di bawah Sir Alex.

Beliau diuruskan oleh pasukan nutrisi yang membantunya membentuk fizikal daripada keding kepada lasak dan sado.

Semua itu mustahil untuk berlaku tanpa ada pengurusan sistematik dan displin daripada pemain itu sendiri.



 

BACA JUGA: Bagaimana Ronaldo Menjadikan Fizikalnya Hanya Ada 7% Lemak & Kekal ’20-an’

Ketika di Real Madrid, Ronaldo berlatih 5 kali seminggu di pusat latihan Real Madrid. Bergantung kepada jumlah perlawanan. Dalam setiap latihannya, beliau meluangkan masa 3-4 jam latihan berpasukan yang dikawal dengan diet ketat oleh pengurus.

Dalam dokumentari “Regresso dos Incríveis 2010” Ronaldo juga menyatakan tidur adalah perkara yang sangat penting. Beliau sentiasa tidur awal untuk memastikannya cergas bangun awal pagi esok.

Berikut adalah rutin workout abang Do ketika di Real Madrid:

  • Sesi workout 3-4 jam sehari untuk memastikan kandungan lemak dalam badan sangat rendah (<10%)
  • Melakukan latihan larian berkaitan dengan cardio (25-30 min)
  • Latihan berat ataupun intensif – termasuk latihan pecutan (dalam kadar pendek)
  • Latihan teknikal termasuk meningkakan skil dan kawalan bola
  • Latihan taktikal untuk mewujudkan persefahaman dengan rakan rakan sepasukan
  • Latihan gym untuk otot dan kekuatan fizikal

Ronaldo seorang yang sangat rajin melakukan latihan tambahan. Selepas tamat sesi latihan pasukan beliau akan melakukan latihan tambahan selama berjam jam lamanya.

Di rumah beliau turut melakukan latihan tambahan termasuk latihan di gym dan juga mengawal bola.

Gila dengan latihan

Bekas rakan sepasukannya, Mehdi Benatia melabel Ronaldo sebagai bukan manusia biasa.

“Dalam aksi berdepan Bergamo, saya dan Ronaldo menjadi pemain simpanan tak digunakan masa tu kerana penggiliran skuad. 3 hari kemudian kami ada satu lagi perlawanan.”

“Ketika berada dalam bas balik dari Bergamo, Cristiano mesej saya; ‘ Awak buat apa lepas ni?’ Saya jawab, dah 11 malam, dah tentu saya balik rumah, kenapa ye?”

“Dia balas ‘awak nak pergi ke gym tak melakukan beberapa sesi latihan? Saya tak berpeluh langsung hari ni, saya perlukannya, nak datang tak?’ Dia tanya saya.”

“Saya balas balik, dah pukul 11 bro, saya nak balik rumah la, tengok tv. Ronaldo ni memang bukan manusia biasa.”

Carlos Tevez juga pernah berkata: “Sesi latihan ditetapkan pada 9 pagi. Saya seawal pukul 8 pagi dah tiba di sana. Tetapi dia dah berada di sana lebih awal.”|

“Lalu berikutnya saya datang seawal 7.30 pagi pun dia dah berada di sana. Saya pun tertanya tanya, macam mana saya nak kalahkan dia ni [datang lebih awal].”

“Jadi hari seterusnya saya datang pukul 6 pagi pulak. Itupun dia sudah di sana lebih awal. Muka dia mengantuk masa tu, tapi dia dah tiba awal.”

Bekas jurulatih kecergasan Ronaldo, Giovanni Mauri berkongsi cerita Ronaldo terus ke pusat latihan pada 2 pagi selepas tamat aksi UCL untuk sesi pemulihan.

“Pemain pemain lain tiba di Turin daripada aksi tempat lawan UCL untuk balik terus ke rumah. Tapi dia tak, pergi ke pusat latihan. Melakukan beberapa sesi pemulihan fizikal dan cryotherapy.”

Nak abs macam Ronaldo?

Untuk memiliki abs seperti Ronaldo adalah cabaran yang sangat besar. Definisi mudahnya, abs itu hanya akan keluar jika kandungan badan dalam badan korang sangat rendah.

Seperti yang dinyatakan di atas, Ronaldo akan sedaya upaya memastikan lemak badannya di bawah 10%. Laporan daripada petugas medikal di Juve melaporkan badan Ronaldo cuma ada 7% lemak ketika sesi medikal dengan pasukan mereka.

Daily Star melaporkan Cristiano Ronaldo melakukan latihan sit ups sebanyak 3,000 kali sehari tanpa gagal.

Pemakanan

Malah laporan yang sama menyebut. Ronaldo melakukannya sambil menonton tv. Beliau pernah menasihatkan agar kita semua melakukan latihan dengan cara menyeronokkan. Ini termasuk berlatih dengan anak anak sekali. Baru latihan itu tidak terlalu membosankan.

Dari segi diet, Patrice Evra pun surrender dengan Ronaldo. Patrice Evra pernah berkata: “Jika anda ke rumah Ronaldo, anda jangan terima kalau Ronaldo mempelawa anda makan, kerana di peti sejuk beliau tidak ada daging atau makanan sedap dan mewah seperti yang anda harapkan.”

“Saya penuh harapan datang ke rumah dia selepas 2 kali saya menolak sebelum itu. Saya ingatkan saya akan makan yang sedap-sedap. Sekali hanya makan salad dan ayam ‘kosong’.”

“Lepas habis makan dan tiba tiba dia mengajak saya ke halaman rumahnya untuk berlatih.”

“Dalam peti sejuk beliau ada hanyalah makanan yang sihat di dalamnya. Namun kemudian saya belajar untuk memakan makanan sihat daripada beliau.”

Beliau menggabungkan diet disediakan kelab dengan diet yang diuruskan oleh pakar nutrisinya secara peribadi.

Jadi, walaupun di luar kelab, Ronaldo masih terikat dengan rutin pemakanan sihat di mana sahaja.

Kekerapan makan – Ronaldo seorang yang makan secara kerap pada amaun yang sedikit. Dilaporkan purata Ronaldo makan adalah enam kali. Dari pagi sehinggalah dia tidur awal pada sebelah malam.

Beliau makan makanan yang sihat sahaja untuk memastikan badannya memiliki kadar metabolisme yang tinggi.

Antara makanan dan minuman yang dielakkan Ronaldo termasuk makanan dan minuman yang manis termasuk air bergas yang mampu melonjakkan kadar gula dalam darah.

“Latihan ataupun workout yang baik haruslah digabungkan dengan diet yang sihat. Kalau tak, ianya sia-sia.”

“Saya mengamalkan diet berprotein tinggi,  wholegrain carbs, buah-buahan, sayur-sayuran dan elakkan makanan bergula.”

“Saya suka makan ikan yang dimasak dengan bawang, sedikit hirisan kentang dan scrambled eggs.”

“Kalau di restauran saya akan makan stik dan salad.”

“Paling penting jangan tak makan, makan seperti biasa. Ini penting untuk mengekalkan tenaga dalam badan anda dan membantu untuk memberikan anda aksi lebih baik.”

“Saya kadangkala makan sampai 6 kali sehari pada kadar yang sedikit untuk memastikan saya ada tenaga yang cukup untuk melakukan setiap sesi dalam keadaan terbaik.”

“Hidrasi juga sangat penting. Minum banyak air kosong dan elakkan alkohol.”

Cara hidup sihat ini sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup Ronaldo. Beliau juga seperti manusia lain, mahukan makanan yang manis sedap-sedap.

Beliau mengakui pada awalnya, agak sukar untuk melakukannya namun beliau bertekad untuk membiasakan dirinya.

“Benda ini bukan sahaja mencabar secara fizikal, tetapi secara mental juga. Anda harus belajar melatih minda dan badan anda.”

“Kekuatan mental sama pentingnya dengan kekuatan fizikal dan dengan itu barulah anda boleh cuba mencapai apa yang anda hajatkan.”

“Berdisiplin! Sentiasa bermotivasi dan fokus untuk kekal dengan rutin anda, itu adalah kunci.”

“Untuk saya, tiada masa untuk tidak serius dan saya kena tegas dalam hal ini.”

“Anda boleh membantu diri anda dengan meletakkan gol (matlamat) dan berlatih dengan rakan anda untuk menambahkan persaingan kompetitif sesama anda.”

Baca yang lain