Bagaimana Dan Kenapa Kad Merah Paling Pantas Terhasil

Lee Todd masih tidak percaya insiden 20 tahun lepas dalam liga amatur menjadi berita nasional.

“Saya fikir dia (pengadil) hanya bergurau tetapi tidak. Dia benar-benar berkeras. Saya hanya berada di dalam padang selama 2 saat… saya tidak percaya”

Insiden itu menjadi salah satu momen paling aneh dalam sejarah bola sepak. Apa sebenarnya yang berlaku pada ketika itu?

Pada 31 Oktober 2000 perlawanan pasukan tempatan Cross Farm Park bertemu Taunton East Reach Wanderers berlangsung. Kad merah paling pantas terhasil selepas beberapa saat perlawanan dimulakan.

Ia satu tindakan yang tidak masuk akal dilakukan oleh pengadil perlawanan, Peter Kearl.

“Kamu mesti bergurau?” kata Todd yang terkejut melihat kad merah dilayangkan kepadanya. Bagaimanapun dia sedar pengadil benar-benar berniat begitu.

“Kami dalam situasi mahu memulakan permainan dan pengadil memberi janjinya tentang perjalanan perlawanan seperti biasa.”

“Ketika pengadil berjalan melewati saya, dia meniup wisel untuk memulakan permainan tapi tiupan itu tepat ke telinga kanan saya.”

“Saya tertunduk kebawah dan menyebut f**k me, bising la dan selepas itu saya melihat layangan kad merah di depan muka saya.”

Hanya dua saat Kearl telah memberi arahan keluar padang kepada penyerang Cross Farm Park Celtic itu kerana menggunakan bahasa kotor dan kasar.

Pemain berusia 22 tahun itu juga didenda sebanyak £27 dan digantung selama 35 hari kerana menyebut F**k me, bising la.

“Saya memberitahu pengadil, dia hampir memecahkan gedendang telinga saya.”

Lee Todd kini berusia 42 tahun bertanya kepada pengadil adakah anda bergurau, Kearl menjawab tidak, anda keluar.

“Sebelum perlawanan dia berjanji tidak akan menerima sebarang kelakuan yang tidak dapat diterima akal. Saya hanya menunduk dengan tangan menutup telinga dan hanya menjerit.”

“Itu sahaja yang saya lakukan dan tidak ditujukan ke arahnya. Saya hanya memaki diri saya sendiri.”

Ketika Todd meninggalkan padang rakan sepasukannya ketawa terbahak-bahak. Mereka menganggap ia satu gurauan tetapi segera menyedari pasukannya telah dikurangkan menjadi 10 pemain.

Pengurus pasukan Cross Farm Park ketika itu juga terkejut dengan insiden tersebut.

“Sudah pasti pemain harus dilayangkan kad merah apabila mereka memaki secara langsung kepada pengadil atau pemain lain.”

“Tetapi pengadil juga seharusnya menggunakan akal. Lee jelas memaki dirinya sendiri.”

Walaupun hanya bermain dengan 10 orang, Cross Farm Park menang besar dalam pertemuan itu dengan keputusan 11-2 namun masih belum cukup untuk Lee Todd tersenyum.

Minggu seterusnya ia menjadi berita hangat di dada akhbar. Media gergasi seperti Sky Sport turun ke kelabnya bagi membongkar cerita tersebut. Sehingga hari ini orang masih bercakap tentang kad merah 2 saat itu.

“Sesetengah orang merasakan saya akan mengutip kad merah beberapa kali tetapi selepas insiden itu saya tidak pernah mengutip kad merah.”

Sepuluh tahun berlalu, walaupun banyak liputan dibuat di media dan TV, The Guinness Book of Records tidak pernah mengiktiraf rekod tersebut dalam bukunya.

Beberapa bulan lepas isteri Lee pernah cuba menghubungi penerbit dan bertanya mengapa ia tidak ditulis tetapi mereka tidak pernah menjawab.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di