Bagaimana Dua Momen Di Istanbul Ini Membuatkan United Kehilangan RM46 Juta

Manchester United dilaporkan berdepan dengan kerugian yang agak besar selepas tersingkirnya mereka daripada saingan Liga Juara Juara Eropah.

Man Uniyed gagal untuk meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati meskipun pada awalnya dilihat dapat melepasi kumpulan maut ini lebih awal.

Manchester United tewas di tangan Istanbul Basaksehir dalam perlawanan ketiga. Yang menurut Ole Gunnar Solskjaer sebagai turning point utama kegagalan mereka mara kali ini.

Ole Gunnar Solskjaer tidak mampu menyatakan apa apa alasan di atas kekalahan memalukan di tangan Istanbul Basaksehir.

Pertahanan teruk di Istanbul

Beliau harus mengakui bahawa Manchester United telah bermain teruk dan melakukan kesalahan pertahanan, yang membawa kepada kekalahan 1-2 kepada Istanbul Basaksehir awal pagi tadi.

Istanbul Basaksehir tidak pernah merasai nikmat kemenangan dalam Liga Juara Juara Eropah sebelum kemenangan ini.

Red Devils sepatutnya tidak ada masalah untuk membawa pulang 3 mata dari Istanbul memandangkan mereka menewaskan PSG dan membantai RB Leipzig sebelum ini.

Malangnya, Man United gagal meneruskan rekod cemerlang itu. Dan Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan pertahanan pasukannya yang melepaskan dua gol yang tidak sepatutnya.

Gol pertama adalah daripada kelekaan yang berpunca daripada serangan balas lawan.

Tidak ada seorang pun pemain United berada berdekatan dengan garisan tengah padang yang membolehkan Istanbul Basaksehir melakukan serangan balas dengan gerakan solo Demba Ba.

Demba Ba langsung tidak dikawal dalam kedudukan Istanbul Basaksehir bertahan dengan 9 pemain di zon paling bawah.

“Gol mereka yang pertama, kami bermain di sepakan penjuru pendek dan kami melupakan tentang seorang pemain mereka di depan, itu tidak dapat dimaafkan,” kata Solskjaer.

“Anda tidak akan melihat banyak gol seperti itu pada level ini. Kami tidak cukup bagus. Kami tidak boleh mengakui itu dengan mudah.”

Solskjaer mengakui ianya adalah kesilapan budak sekolah dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pertahanan profesional seperti mereka.

Solskjaer mengakui bertanggungjawab di atas kegagalan itu kerana para pemainnya gagal melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Seterusnya pada gol kedua, Harry Maguire terlalu mudah termakan umpan lawan dan keluar daripada posisi tengah tanpa ada pemain yang mengisinya.

Kesannya Man United mewujudkan pertahanan pelik dengan 3 pemain di satu zon yang sama.

Ia membuka ruang kepada lawan di suduh bertentangan dan United bolos lagi. Jadi Ole yakin itulah yang menjadi punca utama mereka tersingkir.

Berapakah Kerugian Wang Hadiah Manchester United?

Kerugian daripada wang hadiah sudah pasti akan dirasai oleh Manchester United dan dalam situasi ekonomi sekarang kehilangan pendapatan sebegini sebolehnya mahu dielakkan namun semuanya sudah terjadi.

Inilah sebab kenapa Man United mengawal perbelanjaan mereka dan melupakan pemain seperti Jadon Sancho dan mendapatkan ejen bebas Cavani untuk dibawa masuk.

United mungkin boleh menarik nafas lega kerana berjaya mara ke Europa League,

Bermain di Europa League bermakna, Manchester United akan kehilangan pendapatan dan kerugian yang agak besar daripada wang kejohanan yang ditawarkan mengikut peringkat.

Jika Manchester United berjaya melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah, maka mereka akan menerima habuan sebanyak £8.5 juta (RM46.51 juta) menunggu.

Jumlah diraih di peringkat kalah mati Liha Juara Juara Eropah tidak dapat ditandingi walaupun Manchester United berjaya merangkul dan bergelar juara Europa League.

Jika Manchester United menang semua perlawanan Europa League dan menjadi juara, wang hadiah yang dijana oleh pemenang hanyalah £7.7 juta (RM42.14 juta) sahaja.

Perbezaan sangat besar hampir £1 juta. Wang hadiah peringkat kalah mati UCL pun dah tinggi dari jadi juara Europa League.

Manakala wang hadiah suku akhir Champions League bernilai £9.5 juta (RM51.99 juta) dan peringkat separuh akhir berjumlah £11 juta (RM30.19 juta).

Juara UCL bagi musim ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak £17.3 juta sahaja yang bersamaan dengan RM94.67 juta sahaja.

Adakah Penajaan dan Hak Komersil Terjejas?

Tersingkirnya Manchester United daripada Champions League tidak memberi impak atau menjejaskan pendapatan yang diraih Man United melalui penajaan daripada pengeluar pakaian, Adidas.

Walaupun buat kali kedua bermain di Europa League secara berturut=turut, Manchester United masih lagi meraih £75 juta sepertimana termaktub dalam perjanjian.

Penajaan Manchester United oleh syarikat automobil Amerika Syarikat, Chevrolet juga tidak terjejas melainkan Manchester United tersingkir daripada Premier League.

Laporan kewangan suku ketiga yang disiarkan bulan lalu menunjukkan pendapat kelab mencecah £109 juta dengan penurunan sebanyak 19.5 peratus untuk tempoh sama tahun lalu.

Namun mereka pastinya sangat terasa dengan kehilangan puluhan juta pound daripada UCL selepas ini, kerana United sama seperti pasukan lain, kehilangan pendapatan daripada penjualan tiket.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di