Bagaimana Jerman Menangani Novel Coronavirus Dengan Bergaya

Sehingga hari ini kes jangkitan novel coronavirus di seluruh dunia sudah melangkau angka 1.2 juta serta mencatatkan lebih 64 ribu kes kematian

Mari kita lihat 5 negara tertinggi yang terkena jangkitan, kadar kematian dan berapa jumlah penduduknya

Amerika Syarikat

Populasi : 331 juta
Jangkitan : 311,635
Kematian : 8,454
Peratus kematian berbanding kes jangkitan: 2.7%

Sepanyol

Populasi : 46.6 juta
Jangkitan : 126,168
Kematian : 11,947
Peratus kematian berbanding kes jangkitan: 9.5%

Itali
Populasi : 60 juta
Jangkitan : 124,632
Kematian : 15,362
Peratus kematian berbanding jangkitan: 12.3%

Jerman
Populasi : 83 juta
Jangkitan : 96,092
Kematian : 1444
Peratus kematian berbanding jangkitan: 1.5%

Perancis
Populasi : 67 juta
Jangkitan : 89,953
Kematian : 7560
Peratus kematian berbanding jangkitan: 8.4%

Kita ketepikan Amerika dahulu (tapi aku cuit juga sikit nanti), aku nak fokus pada 4 negara Eropah paling teruk terkena impak buruk iaitu Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis.

Kalau kita perhatikan pola data tersebut terdapat satu ketidaksamaan nisbah kematian di Jerman, cuma 1.5%, terlalu rendah.

Jerman merupakan salah satu negara yang mengikuti rapat perkembangan kes novel coronavirus.

Mengikut garis masanya, Jerman antara negara terawal dikesan mendapat kes novel coronavirus iaitu pada 27 Januari. Lebih awal dari Itali dan Perancis.

Bagaimana negara yang terkena jangkitan bersedia menangani wabak tersebut dengan bergaya dan berdiri kukuh dengan hanya 1.5% sedangkan negara lain yang seangkatan begitu menderita

Fasiliti dan sistem kesihatan di Jerman bertindak lebih awal berbanding negara eropah lain

Sebenarnya dalam melawan Covid 19, terdapt 5 faktor kritikal yang ada pada Jerman yang tiada pada negara lain.

5 faktor inilah yang meletakkan negara dengan 4 bintang kejuaraan Piala Dunia di lencana jersi bola sepak mereka berada dalam kelas yang tersendiri.

Faktor pertama, ujian

Dalam tulisan aku berkaitan Amerika pada minggu lepas, aku ada sebut antara kegagalan paling besar pentadbiran Donald Trump ketika kecemasan novel coronavirus di sana, terlalu sedikit pemeriksaan klinikal yang dilakukan untuk mengesan jangkitan wabak ini.

Berbeza di Jerman, mereka berjaya mengukuhkan sistem ‘testing’ sejak pertengahan Februari dan pada 31 Mac mereka sudah melakukan ujian terhadap 1 juta orang. Hal tersebut membawa kepada faktor kedua.

Faktor kedua, pengurusan ujian

Soalan yang kita perlu tanya, bagaimana Jerman boleh mengurus 1 juta ujian dalam tempoh yang singkat?

Negara dengan motto “Einigkeit und Recht und Freiheit” (Unity and Justice and Freedom) ini mengamalkan ujian yang tidak berpusat. Walaupun penyeliaan dan pemantauan kesihatan awam Jerman dipusatkan di Robert Koch Institute (RKI), tapi makmal makmal di seluruh negaranya mempunyai kebebasan untuk melakukan ujian.

Atas faktor ini kakitangan kesihatan di Munich, Hamburg, Berlin, North Rhine-Westphalia atau di mana sahaja boleh pergi ke setiap rumah dan membuat ujian rambang dengan cepat, pantas dan berkesan.

Hasilnya, Jerman dapat bertindak cepat bagi rawatan awal untuk kes yang masih diperingkat awal, dapat mengasingkan, dan mengesan siapa yang terkena jangkitan.

Faktor ketiga, kes orang muda

Kes awal di Jerman ramai melibatkan orang muda.
Seperti yang kita tahu, penyumbang terbesar novel coronavirus adalah warga tua yang berusia 60 tahun ke atas.

Di Jerman, purata umur pesakit cuma sekitar 46 tahun. Statistik purata umur ini jauh lebih muda berbanding Perancis 62.5 tahun dan Itali 62 tahun.

Kumpulan sasaran umur pesakit yang berbeza ni memberikan kesan kepada jumlah kematian.
‘Pertolongan dari tuhan’ sebegini sangat membantu Jerman.

Faktor keempat, Institusi perubatan yang ulung.

Jerman, selain dari apa yang kita tahu mereka mempunyai kejuruteraan hebat sepeti Mercedez Benz, BMW, Audi, Volkswagen dan Porsche. Ia juga merupakan negara yang memiliki hospital dan Universiti terbaik di Eropah.

Antara yang tersohor adalah hospital universiti di Dusseldorf, Cologne, Aachen, Bonn dan Heidelberg. Jumlah hospital yang banyak digabung pula dengan sistem perubatan yang mantap meletakkan Jerman terkedepan dalam melawan Covid 19.

Di Jerman jumlah katil hospital adalah 8.1/1000 orang manakala nisbah katil di wad kecemasan pula 6.1/1000 orang.

Nisbah yang mantap ini jauh 4-5 langkah kedepan meninggalkan negara lain seperti Amerika, Itali, Perancis dan Sepanyol.

Dan faktor kelima, kurang berpolitik

Berbeza dengan USA, UK atau Itali, Jerman di bawah kepimpinan wanita besi, Angela Markel agak serius dan cepat membuat keputusan.

Sementara itu pentadbiran Trump agak sambil lewa dan beliau pernah mengatakan novel coronavirus ini will go down, not up. Masyarakat menjadi tidak kerana pentadbiran mengatakan ia cuma perkara kecil.

Perdana Menteri United Kingdom juga bersikap sama seperti Trumph pada peringkat awal wabak ini.

Beliau pergi ke hospital bersalam dengan pesakit bagi meraih publisiti politik, akhirnya beliau terkena jangkitan wabak itu.

Perdana Menteri UK ini antara salah satu individu yang terkena jangkitan Coronavirus

Perlu diingat, selain aspek ketenteraan, negara yang kuat juga diambil kira dari segi keunggulan sistem kesihatannya. Inilah yang Jerman lakukan.

 

Jerman konservatives – dari Otto Von Bismarck ke Hinderburg, membawa ke Adolf Hitler, Konrad Adanauer, Helmet Kohr sehinggalah ke tampuk kekuasaan Angela Markel – semua individu ini secara umum mengutamakan kekuatan negara melebihi kepentinga pasaran bebas neoliberal.

Disebabkan itu parti-parti politik di Jerman ini akan tetap berada di dalam keadaan terbaik apabila sampai pada dasar-dasar memperkukuhkan negara, salah satu memperkasa sistem perubatan awamnya.

Faktor-faktor ini menjawab persoalan dunia, mengapakah dalam lingkungan negara Eropah yang terjejas teruk, Jerman sebagai negara yang kaya dengan tinggalan monumen dan istana zaman medieval bersama sejarah paling hitam perang dunia – hari ini masih mampu bertahan melawan Covid 19 dengan cemerlang mendahului negara negara lain di seluruh dunia.

Dibawah kepimpinan wanita besi ini, Jerman terus mengutamakan kepentingan negara berbanding politik

Bukan setakat itu, dalam menangani krisis global, Jerman menjadi negara kesatuan Eropah terawal yang keluar dan menghulurkan bantuan terutamanya kepada Itali dan Perancis.

Ini yang kita namakan solidariti.

Pesakit dari Lombardy Italy misalnya yang sudah tidak mempunyai cukup katil, pasukan dari Jerman datang membantu dengan membawa pesakit ke hospital di Cologne, Bonn dan Bochum.

Ia juga juga berlaku apabila pesakit dari Metz di Perancis selatan, pasukan dari Jerman datang rmembantu dengan membawa mereka ke Essen, hospital paling dekat dalam North Rhine Westphalia.

Ketika perang dunia pada 80 tahun dahulu, Jerman Lutwaffe Fighter menjatuhkan bom ke tanah rakyat Perancis, hari ini Jerman menerbangkan Airbus A310 dan membawa balik rakyat Perancis ke Jerman untuk diselamatkan.

Kesimpulan

Pengajaran yang kita boleh pelajari daripada tindak tanduk Jerman dalam memerangi novel coronavirus ini adalah.

  1. Sentiasa sediakan payung sebelum hujan. Bersedia dengan sesuatu yang buruk di depan.
  2. Ilmu, kepakaran, sains dan teknologi adalah alat yang sangat penting ketika berhadapan krisis.
  3. Sentiasa mengutamakan kekuatan negara melalui pembangunan intensif fasiliti perubatan, makmal, hospital, dan pusat pusat kajian sains.
  4. Tidak bersikap sambil lewa dan ambil mudah apabila melihat tanda-tanda awal yang boleh membawa kepada masalah besar. Terus bertindak dan bersiap siaga seadanya.
  5. Ketepikan agenda politik dan meletakkan negara serta kepentingan rakyat di hierarki paling tinggi ketika mengemudi krisis.
  6. Jahat dahulu tidak semestinya jahat selamanya. Ketika Perang Dunia II, Nazi Jerman ibarat Galactic Empire yang mahukan kemusnahan, tapi hari ini ketika kita semua berhadapan perang Dunia Novel Coronavirus, Jerman bertukar menjadi sebaliknya, mereka memimpin pasukan Rebel Alliance menentang kejahatan novel coronavirus.

Rumusan

Jadilah seperti Jerman.

Apabila sudah kuat dan berkuasa tetap merendah diri. Membantu orang yang berada di dalam kesusahan.

Kita pula di Malaysia jadilah orang kaya yang tidak kedekut, orang kuat yang tidak menindas, dan orang pandai yang sentiasa mengajar.

Tulisan asal dari Fdaus Ahmad, graduan Universiti Teknologi Malaysia. Anda boleh mengikuti tulisan beliau di facebook peribadinya dan fdausamad.blogspot.com

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220149754147779&id=1043785278

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di