Bagaimana Manchester United Tewaskan Liverpool Dengan Prestasi Yang Ada Jiwa

Manchester United turun melayan kunjungan musuh tradisi mereka Liverpool. Kedua dua pasukan mencari kemenangan pertama mereka musim ini. Sebelum wisel permulaan, Manchester United sempat memperkenalkan Casemiro secara rasmi sebagai pemain baharu mereka.

Manchester United ternyata pasukan yang lebih baik pada permulaan perlawanan. Walaupun mereka tanpa superstar Cristiano Ronaldo.

United menekan Liverpool dan mendominasi lawan mereka dengan sangat cemerlang.

Elanga mendapat peluang keemasan pada minit ke-10, namun percubaan leretnya terkena tiang gol.

5 minit kemudian, Jadon Sancho tidak mempersia siakan pekuang keemasan di dalam kotak penalti.

Liverpool bertahan dengan sangat teruk dan dengan mudah membenarkan Manchester United masuk ke zon pertahanan mereka.

Jadon Sancho melakukan penyudah yang sangat tenang dan sempat mengacah James Milner sebelum merembat masuk pada minit ke-15. Itu adalah gol pertama daripada pemain Manchester United musim ni.

Manchester United datang lagi dengan serangan menerusi Marcus Rashford, tetapi dia gagal mengawal bola dengan lebih baik.

Luis Diaz mengancam gawang United dengan percubaan tersasar.

Eriksen seterusnya mengambil sepakan percuma yang diselamatkan Alisson dengan fingertip save.

Jordan Henderson cuba melakukan half volley tetapi percubaannya tidak tepat langsung.

Pada 15 minit separuh masa kedua, Liverpool akhirnya mendapatkan rentak mereka.

Pada minit ke-40, Lisandro Martinez melakukan hadangan untuk menafikan rembatan Mohamed Salah.

Martinez sekali lagi menjadi penyelamat United, kali ini dia menyelamatkan Bruno Fernandes daripada tertampan bola ke gawang sendiri.

Pada separuh masa kedua, ketika Liverpool bermain dengan corak permainan yang dominan. Man United tetap berjaya menemui cara membolosi mereka.

Kali ini graduan akademi Carrington, Marcus Rashford berjaya menewaskan perangkap ofsaid dan dengan tenang menewaskan Alisson. VAR memeriksan gol itu dan diberikan kepada Rashford.

Liverpool cuba memberikan respon segera dengan James Milner mengantar bola cut back kepada Luis Diaz. Tetapi David De Gea menafikan percubaan Diaz dari jarak dekat.

Liverpool yerus bergelut untuk menembusi gawang Man United. Dengan pasukan Man United terus bertahan dengan baik terutama sekali situasi bola kedua.

Pada minit ke-67, Fabinho menguji De Gea dengan tandukan ke near post yang diselamatkan De Gea.

Pada minit ke-80, David De Gea pula melakukan save daripada gol sendiri Martinez.

Berpunca daripada sepakan penjuru itulah, Liverpool merapatkan kedudukan menerusi Mohamed Salah yang menanduk masuk bola dari jarak dekat.

Tamat perlawanan Manchester United 2, Liverpool 1.

Erik Ten Hag akhirnya menang buat pertama kali dalam EPL. Dan kemenangan itu benar benar blockbuster berdepan Liverpool.

Rumusan

Manchester United bermula dengan sangat baik dan intensif. Mengambil kesempatan ke atas prestasi sangat pasif daripada Liverpool.

Kekuatan utama Man United adalah ketajaman di hadapan gol. 2 on target pertama 2 gol.

Seterusnya, Erik Ten Hag kali ini lebih baik dalam pengurusan pasukannya. Merehatkan pemain yang kurang cergas, Cristiano Ronaldo. Merehatkan Harry Maguire dan Luke Shaw adalah mesej jelas bahawa tiada pemain yang boleh terselamat daripada disisihkan kalau tidak memuaskan.

Manchester United turut memperbaiki prestasi mereka dengan total berbanding 2 perlawanan pertama. Meletakkan lebih jiwa untuk berjuang di atas padang berdepan dengan musuh tradisi mereka.

Liverpool jelas bermasalah ketika bertahan untuk 2 gol United. Di mana pada gol pertama, Van Dijk terutamanya, terlalu kasual.

Liverpool cuba memberikan respon ketika ketinggalan 1 gol dan ketika ketinggalan 2 gol. Namun mereka berdepan dengan pasukan United yang lebih komited bertahan sebagai satu pasukan. Tiada penumpang di atas padang.

Keinginan Liverpool untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini tidak sekuat yang dimiliki Manchester United.

Pemain pemain United lebih tinggi keinginan untuk menderita sepanjang perlawanan berbanding Liverpool.

Dari segi kualiti taktikal, perlawanan antara Liverpool dan Man United sentiasa berkaitan jiwa berbanding taktikal.