Bagaimana Mustafi Berkorban Dan Memudahkan Urusan 4 Pihak

Shkodran Mustafi kembali semula ke Jerman dengan menyertai Schalke 04. Namun menariknya hanya dengan gerakan satu bidak catur, Mustafi memudahkan urusan 4 pihak yang lain.

1. Ozan Kabak

Ozan Kabak bergantung kepada Mustafi ketika pemain itu mengintai peluang beraksi untuk Liverpool.

Schalke tidak memiliki banyak opsyen untuk menggantikan Ozan Kabak. Dan rundingan Ozan Kabak ke Liverpool boleh terhenti pada bila bila masa jika Mustafi gagal meminta dilepaskan oleh Arsenal untuk menyertai Schalke.

Akhirnya Mustafi dilaporkan berjaya menyelesaikan rundingan penamatan kontrak atas persetujuan bersama. Arsenal tidak perlu membayar Mustafi pampasan, dan Mustafi boleh pergi ke kelab lain secara bebas.

Selain itu Kabak kini berpeluang bermain bersama idolanya di lapangan bola sepak iaitu Virgil Van Dijk.

2. Liverpool

Dengan kejayaan Mustafi mendapatkan pelepasan kontrak khas, Liverpool berjaya mendapat bek tengah yang mereka mahukan.

Tidak mustahil jika rundingan Ozan Kabak gagal, Mustafi pula ke Liverpool. Kerana sebelum ini Mustafi dalam senarai pertimbangan Liverpool yang mendengar pemain tersebut dalam negosiasi penamatan kontrak.

Mustafi ke Liverpool akan menjadi sangat mudah kerana dia berada di England dan dalam bubble EPL.

3. Arsenal

Arteta dalam proses mengeluarkan beberapa pemain yang beliau tidak gunakan. Untuk mengeluarkan mereka akan memakan proses sulit.

Dengan situasi ekonomi semasa memang semua kelab nak berjimat. Oleh kerana sikap Mustafi yang sangat terbuka dan tidak memikirkan untuk merembat wang sebanyak mungkin daripada pampasan ataupun kekal di Arsenal makan gaji buta, beliau memudahkan urusan Arsenal.

Oleh itu, Arsenal kini berjaya mengurangkan lagi bil gaji pemain selepas melepaskan Mesut Ozil dan juga Sead Kolasinac.

4. Schalke

Sudah tentunya Schalke berada dalam senarai pihak yang mendapat manfaat daripada ‘gentleman agreement’ Mustafi dan Arsenal.

Schalke kini berdepan dengan krisis kewangan. Mereka cuba menjual beberapa pemain mereka.

Schalke melihat Liverpool menawarkan talian hayat yang bagus untuk mendapatkan pemain mereka pada ketika ini.

Namun dari sudut bola sepak, Schalke perlu mencari Ozan Kabak yang merupakan pemain utama pasukan.

Schalke pastinya risau kalau kalau Mustafi gagal mendapatkan penamatan kontrak dengan Arsenal. Namun Schalke berjaya mendapat manfaat kerana Mustafi bertindak pada masa yang terbaik pada jam jam terakhir.

Itulah kisah Mustafi yang menjadi watak penting pada hari ini dalam memudahkan urusan semua orang. Walaupun dia agak rugi sedikit dari segi wang.

Namun bagi Mustafi bola sepak itu lebih penting dan tanda beliau menyayangi Arsenal dan tak nak merumitkan keadaan.

Secara tak langsung Mustafi sebenarnya memegang kunci kepada perjanjian melibatkan Liverpool dan Schalke.

Sampaikan fans Arsenal dan Liverpool saling mengucapkan terima kasih.

 

Mustafi sah ke Schalke

Shkodran Mustafi telah bergabung dengan pasukan Bundesliga Schalke dengan perjanjian tetap.

Pemenang Piala Dunia berusia 28 tahun itu bergabung dengan Arsenal dari Valencia pada bulan Ogos 2016 dan sejak itu beliaun sudah membuat 151 penampilan untuk Arsenal.

Pengarah teknikal Edu berkata: “Kami mengucapkan terima kasih kepada Musti atas sumbangannya di Arsenal selama empat setengah tahun, lebih daripada 150 penampilan dan peranan penting dalam dua kemenangan Piala FA.”

“Semua orang yang berkaitan dengan kelab mengucapkan dan mengharapkan yang terbaik kepada Musti dan keluarganya untuk lembaran seterusnya dalam kariernya. ”

Mikel Arteta berkata: “Musti telah menjadi pemain utama bagi kami untuk jangka masa yang panjang. Dia memainkan peranan yang sangat penting pada musim pertama saya sebagai pengurus dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas profesionalisme dan sentiasa bersedia ketika dipanggil.”

“Semua orang di Arsenal mendoakan Musti yang terbaik di Schalke. “

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di