Bagaimana Perpindahan Soucek Membantu Kelab Lamanya Tanggung Kos 10 Tahun

Tomas Soucek dahulu hanyalah peminat kelab di tempat kelahirannya iaitu Slovan Havlíčkův Brod.

Dan beliau kemudian berjaya lulus untuk menyertai kelab kerdil tersebut. Bakatnya membuatkan Slovan Havlíčkův Brod melihat sesuatu ada pada pemain  ini.

Namun semalam beliau diumumkan berjaya memeterai perjanjian tetap bersama kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Westh Ham United.

Ianya selepas beliau cemerlang sepanjang musim pinjaman di kelab tersebut.

Tanpa Soucek sangka, beliau hari ini telah membantu kelab lamanya di kampung halamannya iaitu Slovan Havlíčkův Brod mendapat durian runtuh.

Segalanya bermula apabila kelab divisyen 4 ataupun pasukan di liga komuniti Republik Czech itu memasukkan klausa 10% yuran pembangunan pada pemain itu ketika beliau menyertai Slavia Praha.

Kelab kecil dan kelab kampung pun ada akademi kau tau.

Dan klausa itu dikekalkan untuk tempoh yang lama oleh kelab mereka. Kredit kepada ejen Soucek yang membantu memastikan klausa itu terus wujud.

Ketika di Slavia Prague, beliau dipinjamkan ke beberapa kelab sehinggalah bakat beliau dikesan scouting West Ham United.

Soucek cemerlang membantu West Ham keluar daripada ancaman penyingkiran.

Di mana beliau turut menjaringkan beberapa gol penting untuk The Hammers.

Lalu West Ham memutuskan untuk membayar tebus harga tetap sebanyak £13.5 juta untuk pemain tersebut.

Moyes gembira Soucek mampu membuktikan kemampuannya di West Ham.

Dan Soucek juga secara tak langsung menyelamatkan karier David Moyes. Beliau dibawa untuk memantapkan lagi pasukan yang terumbang ambing.

Ternyata Soucek memberikan impak segera dan dengan cepat menjadi kesayangan peminat di West Ham.

Berbalik kepada bagaimana beliau membantu kelab lamanya dari segi kewangan.

Begini…

Dalam klausa kontrak yang berkaitan dengan kelab lamanya, ianya berbunyi:

“Jika pemain ini berpindah di dalam Republik Czech ataupun ke luar, SK Slavia Praha akan memberikan FC Slovan Havlíčkův Brod sebahagian 10% daripada harga jualan.”

Ini bermaksud Slovan Havlíčkův Brod akan menerima £1.4 juta ataupun sekitar RM7.63 juta daripada perpindahan tersebut.

Angka itu sebenarnya cukup untuk menampung kos operasi kelab kecil itu selama sepuluh tahun akan datang.

Kelab lamanya sangat gembira kerana mereka sangat sangat memerlukan wang ketika ini. Hal ini kerana impak daripada darurat kesihatan global yang membuatkan kesemua industri terkesan.

Syabas kepada Tomas Soucek dan FC Slovan Havlíčkův Brod.

Semoga terus berjaya buat Tomas Soucek. Setakat ini memang power semacam dia ni.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di