Bagaimana Tekanan Birokrasi Salihamidizic Buatkan Hansi Flick Umum ‘Pancung’ Kontrak Awal

Pengurus Bayern Munich, Hansi Flick memberitahu wartawan sebuah tv di Jerman bahawa beliau akan meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

Spekulasi masa depan Flick dengan Bayern mulai semakin kuat mengaitkannya dengan jawatan di pasukan kebangsaan Jerman – selepas Joachim Low mengumumkan akan berundur selepas Euro.

Flick sebelum ini merupakan pembantu kepada Joachim Low ketika di dalam pasukan kebangsaan Jerman. Flick yang tersingkir bersama dengan Bayern di tangan PSG dalam aksi Khamis lalu, menyaksikan kontraknya berakhir pada hujung musim 2022/23 – namun beliau meminta kontraknya ditamatkan awal.

Selain daripada dikaitkan dengan jawatan di Jerman, Flick juga dikatakan tidak sehaluan dengan pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.

Flick: Saya akan keluar

Flick mengesahkan pemergiannya dengan berkata: “Saya nak tamatkan kontrak saya musim panas ini, itu benar. Ianya sangat penting untuk pasukan mendapat kebenaran itu sendiri dari saya. Saya sudah memberitahu orang yang berkaitan, selepas tersingkir dari UCL minggu ini.”

“Saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada kelab kerana memberikan saya peluang mengendalikan pasukan luar biasa ini.”

Bayern Munich dalam kedudukan terbaik untuk menjadi juara liga sekali lagi musim ini selepas menang 3-2 ke atas Wolfsburg.

Selain daripada tidak ngam dengan Salihamidzic, Hansi Flick juga pernah mengkritik secara terbuka Lothar Matthaus kerana membuat spekulasi tentang masa depan beliau.

Mungkin itulah sebabnya Flick menyatakan, adalah lebih bagus kerana kali ini dia sendiri yang bercakap bukannya daripada spekulasi orang lain.

Flick berkata: “Ada beberapa pakar mendapa info daripada rakan baik mereka dalam kelab dan kemudian menyebarkannya kepada umum,” kata Flick seolah olah menyindir Matthaus dan Salihamidzic.

“Dari luar, spekulasi ini panas dan buat masa ini saya hanya menggelengkan kepala. Ini tidak betul.”

Konflik dengan Salihamidzic

Hansi Flick membangkitkan semula Bayern Munich musim lalu. Dan beliau membantu kelab menamatkan musim sebagai juara treble di sebalik permulaan penuh sukar di bawah Kovac.

Flick yang dilantik menjadi interim selepas Kovac dipecat telah memberikan impak luar biasa. Flick sebelum ini menjadi pembantu kepada Kovac.

Namun situasinya di kelab Bavaria itu pada musim tidak seindah disangka. Beberapa bulan lalu, BILD melaporkan bahawa Flick tidak sehaluan dengan Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic.

Segalanya bermula apabaila Flick dilaporkan mahukan kuasa lebih banyak walaupun bukan total dalam perpindahan pemain.

Perkara itu tidak direstui oleh Salihamidzic  yang ketika ini menjadi penentu keputusan dalam perpindahan.

Lebih mengeruhkan keadaan Flick kecewa apabila beberapa pemain tidak dilanjutkan kontrak dan tidak ada pengganti.

Misalnya melepaskan Thiago Alcantara ke Liverpool. Dan selepas itu konflik dengan David Alaba di antara pengurusan tertinggi dengan pemain tersebut.

Pengurusan Salihamidzic secara terbuka menyatakan bahawa ejen kepada David Alaba meminta gaji terlalu tinggi dan menganggap pemain itu tidak berminat untuk melanjutkan kontraknya.

Flick sangat kesal kerana ianya seolah olah menyerang pemain sendiri di hadapan media, dan memburukkan imej pemain seolah olah mereka ini tamak.

Perkara itu membuatkan Alaba terpaksa tampil membuat kenyataan media. Dan beliau menafikan meminta kenaikan terlalu tinggi. Cuma sudah menjadi kebiasaan bagi mana mana pemain berunding dengan kelab secara teliti.

Tak dapat pemain dia mahukan

Flick kemudian menyenaraikan beberapa pemain yang beliau mahukan seramai 4 atau 5 muka baru.

Malang sekali beliau tidak mendapat apa yang beliau mahukan. Flick menegaskan bahawa beliau akan terus melayan pemain yang ada dalam pasukan sebagai sama. Perkara itu kurang menyenangkan Salihamidzic apabila Flick berterusan memberikan Alaba dan Boateng sebagai pilihan utama. Sedangkan dua pemain tersebut berpotensi keluar daripada kelab.

Bagi Flick beliau cuma menjalankan tugasnya dan memilih pemain berdasarkan merit. Salihamidzic mahu  Flick menggunakan Lucas Hernandez sebagai pemain utama atas faktor pemain itu dibeli mahal.

Salihamidzic menafikan campur tangan dalam pemilihan pasukan oleh jurulatih. Dan beliau memberikan jaminan Flick memilih pasukan dengan kuasa yang ada padanya 100%.

Seterusnya BILD melaporkan bahawa Flick risau tidak akan dapat berinteraksi dengan lebih pantas dengan pihak atasan selepas Karl-Heinz Rummenigge meninggalkan jawatan CEO pada akhir tahun ini.

Masalah komunikasi

Namun masalah utama Flick adalah Hasan Salihamidzic berkaitan dengan polisi perpindahan pemain serta karenah birokrasi melampau.

Walaubagaimanapun, Flick seboleh bolehnya tidak mahu meninggalkan jawatannya. Cuma, konflik dengan Salihamidzic kalau berterusan akan membuatkan beliau hilang kepercayaan daripada Pengarah Sukan tersebut.

lick sudah pastinya memiliki banyak peluang lain selepas apa yang beliau lakukan musim lalu. Termasuk tawaran dari Liga Perdana Inggeris, Sepanyol dan sebagainya.

Namun BILD percaya, Flick akan tertarik dengan tawaran daripada pasukan kebangsaan Jerman, jika ianya tiba.

Koresponden Bavarian Football, Florian Platternberg mengakui hubungan Flick dan Salihamidzic agak tegang namun kedua dua mereka kekal profesional. Dan beliau menegaskan perkara yang sama.

Konflik berlaku dalam perbezaan pandangan tentang beberapa perkara terutama sekali melibatkan valuasi pemain. Namun Florian menegaskan Flick masih mahu mempertahankan kedudukannya.

Terbaru Salihamidzic menafikan beliau tidak sehaluan dengan Flick. Dan pada masa yang sama memberikan komen tentang pemain bek tengah yang dimahukan Flick iaitu Upamecano.

Dan kemudian beliau menyatakan mereka sedang berusaha.

Rumusan

Walaupun jelas Flick masih berminat kekal di Bayern. Namun beliau melihat peluang terbaik untuk keluar pada sekarang ini, kerana kekosongan jawatan di pasukan kebangsaan Jerman.

Namun Bayern Munich masih belum mengumumkan secara rasmi akan menamatkan kontrak pengendali itu. Mungkin juga Bayern tidak menerimanya?

Julian Nagelsmann sekali lagi dikaitkan dengan jawatan di Bayern.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di