Bale: ‘Messi Tak Akan Tertekan Di MLS Sebab Tak Ada Penyingkiran’

Gareth Bale menegaskan tekanan MLS berkurangan kerana pasukan di sana “menerima kekalahan”. Bale memberikan pandangannya apabila ditanya mengenai perpindahan Lionel Messi ke Inter Miami.

Setelah menghabiskan seluruh kariernya di Eropah bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain, Messi bersedia untuk menyertai Inter Miami pada Julai dalam satu langkah yang akan meningkatkan reputasi kedua-dua MLS dan bola sepak di AS.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali, yang tahun lalu membimbing Argentina menjulang Piala Dunia pertama sejak 1986, dijangka menandatangani kontrak dua setengah tahun dengan Miami dalam perjanjian berjuta-juta dolar yang dibiayai sebahagiannya oleh Adidas dan AppleTV.

Malah, Bale juga pernah berpindah daripada salah satu kelab paling terkenal di Eropah – Real Madrid – untuk menandatangani pasukan MLS LAFC tahun lepas.

Dalam beberapa bulan dia menghabiskan masa di Los Angeles, Bale membantu membimbing pasukannya menjulang Piala MLS, menjaringkan tandukan dramatik minit akhir pada perlawanan akhir ketika pasukannya menewaskan Philadelphia Union.

Mendengar Messi menandatangani kontrak dengan Miami, Bale memberikan sokongan namun dengan hujah aneh terhadap MLS – menegaskan bahawa penjaring terbanyak Barcelona itu akan bermain dengan kurang tekanan berbanding di Sepanyol.

Apabila ditanya tentang pengalamannya bermain di MLS Bale memberitahu BT Sport: “Ia lebih tenang (dalam MLS). Jika anda kalah di Real Madrid, ia seperti dunia telah berakhir.”

“Kamu dicemuh. Aok rasa down. Kamu akan pulang ke rumah dan anda tidak gembira.”

“Mereka menerima kekalahan dengan lebih baik di Amerika. Tiada sebab untuk terlalu tertekan. Kerana kamu tidak boleh disingkirkan di sana.”

“Apabila anda kalah dalam perlawanan, anda akan meneruskan seperti biasa untuk perlawanan seterusnya. Mereka menerima kekalahan lebih baik di sana.”

“Mereka tahu erti kalah tetapi mereka meraikan setiap kemenangan seperti anda memenangi kejuaraan. Messi pasti akan menikmatinya.”

Miami kini berada di bahagian bawah Persidangan Timur, baru sahaja memecat pengurus mereka Phil Neville beberapa hari sebelum perpindahan Messi didedahkan.

Pasukan itu mengumpul 15 mata daripada 17 perlawanan dan ketinggalan tujuh mata di belakang

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu