Baler! Lelaki Silap Add ‘Ayah’ Dalam WhatsApp Group Keluarga, Dan Pak Cik Tu Melayan Je 6 Bulan

Kumpulan WhatsApp untuk keluarga adalah menghimpunkan ahli keluarga, sama ada yang terdekat mahupun keluarga lebih besar. Namun seorang lelaki telah terjemput orang yang salah ke dalam kumpulan keluarga mereka – fikirkan itu adalah ayahnya.

Lelaki tersebut bernama Jonno Hopkins telah menambah seorang lelaki lain bernama Peter, yang sama dengan nama ayahnya.

Peter pastinya rasa janggal apabila dia berada dalam satu kumpulan yang pelik. Peter menyatakan dia pun pelik tetapi membiarkannya untuk tujuan suka suka. Peter membaca mesej mesej dalam kumpulan keluarga tersebut selama enam bulan.

Jonno menyatakan dia gembira dapat mencipta dan mengumpulkan keluarganya dalam satu kumpulan kerana mereka jarang berkomunikasi sebelum ini.

Jonno kemudian merasa agak kecewa kerana ayahnya terlalu pendiam di dalam kumpulan itu. Walaupun seringkali diseru oleh mereka, Peter mendiamkan diri. Jonno berpendapat ayahnya mungkin kecil hati dengan ibunya selepas penceraian.

Dan pada suatu hari, Jonno baru sedar rupanya, Peter itu bukan Peter ayahnya.

Menerusi Twitter, Hopkins berkongsi:

“Untuk 6 bulan ni, ada seseorang dalam kumpulan whatsapp keluarga kami. Saya ingat itu adalah ayah, namun sebenarnya ianya lelaki yang tak dikenali bernama Peter [sama nama dengan ayah saya]. Lelaki itu telah duduk dalam group tu dan membaca setiap mesej dan tak pernah terfikir pula dia nak menyatakan bahawa dia bukan Peter yang betul.”

“Keluarga saya tidak berkomunikasi sangat sebab penceraian yang bercelaru, jadi saya teruja dengan adanya kumpulan Whatsapp. Ayah menghubungi saya bertanya  berkaitan tentang apa yang sedang berlaku, dan saya berkata, ‘Ayah, kamu kan ada dalam kumpulan WhatsApp, kamu membaca mesej! Dan ayah tanya balik, ‘Ada ke saya dalam tu?’ dan saya kata dia mungkin dah tua sangat [sampai terlupa].”

Dan Hopkins baru sedar dia tertambah Peter yang salah. Dia menyimpan nama Peter dalam telefon pintarnya sejak 2013 dahulu. Peter itu adalah seorang plumber, yang datang membaiki kerosakan di rumah mereka. Pada masa itulah Hopkins menyimpan nombornya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di