Barcelona Mahu Liverpool ‘Tarik’ Coutinho Untuk Hanguskan Hutang Ansuran £40 Juta

Barcelona dilaporkan menawarkan Philippe Coutinho kembali ke Liverpool sebagai langkah untuk menghanguskan tunggakan £40 juta lagi yang harus mereka bayar kepada Liverpool.

Coutinho menyertai Barcelona dengan cara sangat dramatik pada 2018 dengan harga Coutinho mencecah sehingga £142 juta jika kesemua klausa bonus teraktif.

Walaupun sudah menjaringkan 24 gol daripada 90 penampilan, Coutinho bergelut untuk meyakinkan Barcelona bahawa beliau adalah pembelian tepat. Pada 2019/20, Coutinho dipinjamkan ke Bayern. Dan dia menjaringkan 2 gol ke atas kelab pemiliknya dalam aksi kemenangan 8-2 Bayern ke atas Barca dalam saingan UCL.

Walaupun membantu Bayern menamatkan musim dengan treble, agak malang buat Barca dan Coutinho, kerana Bayern tidak mahu membayar perpindahan tetap pemain itu kerana menganggap Coutinho bukan pemain yang berbaloi untuk dibeli £100 juta selepas Bayern membayar £40 juta sebagai yuran perpindahan secara pinjaman.

Hutang Barcelona kini sudah melebihi £1 billion. Dan kini sedang sibuk mencari pemain pemain free agent yang dianggap masih berkualiti. Selepas Aguero, mereka dijangka akan mengumumkan Eric Garcia, Wijnaldum dan juga Memphis Depay.

Laman berita AS dari Sepanyol menyatakan bahawa Barcelona sudah tidak mampu membayar Coutinho mengikut tempoh yang dijanjikan. Lalu pilihan paling logik sekarang adalah mengembalikan semula Coutinho ke Liverpool. Dalam erti kata lain mereka minta Liverpool tarik barang yang tak dapat dilangsaikan ansurannya.

Namun situasi itu tak semudah yang disangkakan. Kerana Liverpool mungkin tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut. Seterusnya Barcelona mungkin akan meminta Liverpool menambahkan wang untuk perpindahan itu.

Tetapi ianya mungkin akan menjadi perpindahan yang baik kerana Liverpool kehilangan Wijnaldum sebagai offensive midfielder.

AS turut melaporkan Barcelona sedang berunding untuk mengurangkan gred gaji pemain mereka termasuk Jordi Alba, Sergio Busquets, Antoine Griezmann, Ousmane Dembele, serta  Sergi Roberto.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di