Barcelona Mahu Potong Gaji Lewandowski Sebagai Langkah Penjimatan Kelab

Barcelona dillaporkan mahu berunding dengan Lewandowski untuk memotong gaji pemain itu bermula musim hadapan. Ianya atas alasan untuk menyelamatkan kelab daripada terkena FFP.

Kelab mahu meneruskan beberapa langkah lagi untuk penjimatan.

Gaji semasa Lewandowski adalah €26 juta semusim. Dan Barca sedia memujuk pemain itu agar setuju dengan gaji €16 juta semusim sahaja pada musim 2023/24 dan seterusnya.

Sebenarnya gaji Lewandowski adalah berbeza setiap musim. Misalnya musim ini dia menerima €26 juta semusim. Bermula musim 2024/25 gajinya akan meningkat €6 juta lagi. Dan kemudian turut kepada €26 juta lagi pada tahun akhir kontraknya.

Ejen kepada pemain itu Pini Zahavi ketika ini berada di Barcelona untuk berunding dengan kelab tersebut tentang perkara itu.

Zahavi menegaskan bahawa Lewandowski sangat gembira di Barca dan tidak memikirkan soal berpindah ke tempat lain. Barcelona turut gembira dengan prestasi Lewandowski dan mahu pemain itu terus kekal.

Xavi Hernandez berpuas hati dengan peranan Lewandowski dalam membantu menjadi mentor kepada pemain pemain muda.

Sebelum ini terdapat laporan beberapa ahli lembaga Pengarah di kelab itu mahu Lewandowski dijual kerana prestasinya kurang memberangsangkan sejak akhir akhir ini.

Lewandowski ada klausa khas di mana dia boleh ditamatkan kontrak jika tidak bermain cukup minit perlawanan. Namun jelas pemain itu adalah pemain penting Xavi. Bukan itu sahaja Xavi dan Laporta berpandangan berbeza dengan mereka yang merasakan pemain itu sudah tidak relevan.

Barcelona kini berdepan dengan masalah kewangan jika mereka gagal meraih lebih banyak keuntungan pada akhir tahun ini.

Sebelum ini UEFA mendapati laporan kewangan Barcelona bercelaru dan banyak butiran dinyatakan secara tak tepat terutama sekali melibatkan aset Intangible.

Ini membawa kepada risiko bahawa Barcelona berkemungkinan akan digantung daripada UCL dalam 2 atau 3 musim jika perkara itu gagal diselesaikan.

Barcelona sangat terdesak mahu beraksi di UCL. Kerana mereka sudah menyatakan bahawa tanpa 1 musim UCL pun kelab itu benar benar teruk merasa kesannya.

Presiden UEFA sebelum ini turut menyindir Barcelona sebagai kelab yang terdesak mahukan Liga Super Eropah kerana mereka dalam masalah kewangan yang sukar pada masa ini.

Baca yang lain