Baru Je Tayang, Drama Lakonan Jisoo Blackpink – Snowdrop Didesak Dihentikan Kerana Memesongkan Sejarah

Drama Korea Snowdrop yang dibintangi Jisoo Blackpink dan Jung Hae In, baru saja mulain ditayangkan pada 18 Desember 2021 lalu.

Ianya penampilan pertama Jisoo sebagai pelakon utama dalam Kdrama. Namun hanya selepas 2 episod awal dikeluarkan, drama tersebut sudah menuai banyak kritikan kerana dikatakan memesongkan fakta sejarah.

Snowdrop merupakan kisah cinta di antara Im Su Ho (Jung Hae In), seorang graduan yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh Eun Young Ro (Jisoo Blackpink).

Drama ini berlatar belakang di Seoul, Korea Selatan pada 1987. Di mana ketika itu berlaku tunjuk perasaan besar besaran mendesak kerajaan Korea Selatan mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih.

Beberapa fakta dalam drama tersebut sudah menjadi bualan ramai pihak sebelum ianya ditayangkan lagi.

Ketika pengumumannya, drama tersebut terus mendapat kritikan teruk daripada netizen di Korea yang mendesak ianya segera dihentikan. Satu petisyen diadakan, dan lebih 220 ribu tandatangan sudah dikumpul.

Oleh kerana kerajaan Korea Selatan tidak campur tangan dalam isu berkaitan dengan drama kerana drama tersebut bukan dokumentari. Jadi ianya dianggap drama kreatif. Oleh itu kerajaan tidak boleh masuk campur dalam isu drama kreatif.

Dan kini petisyen untuk meminta agar drama itu dihentika menjadi lebih 300k.

Lalu, netizen mulai mengajukan banyakan kepada Jawatankuasa Penyiaran Stesn TV. Tetapi jawatankuasa tersebut memberikan lampu hijau agar drama tersebut diteruskan produksinya dan sehinggalah ianya ditayangkan.

Selepas episod pertama ditayangkan, bantahan bergema sekali lagi. Alasannya tetap sama, penerbit drama tersebut telah memutar belitkan fakta sejarah demi kepentingan cerita.

Yayasan Aktivis Demokrasi Park Jongcheol turut memberikan kritikan ke atas drama Snowdrop.

Park Jongcheol merupakan salah seorang aktivis demokrasi. Yayasannya tersebut menyatakan, mereka kecewa kerana penerbit cuba meromantisasikan episod bersejarah yang sarat dengan konflik dan risiko pada satu ketika dahulu.

Selepas didesak oleh ramai pihak, difahamkan beberapa jenama telah menarik tajaan mereka daripada Snowdrop. Antaranya Ssarijae Maeul, Ganisong, Dopyongyo, Hans Electronic, dan Teazen.

Dalam kenyataan mereka, rata rata jenama jenama ini menjelaskan mereka tidak tahu jalan cerita Snowdrop. Mereka hanya diberitahu tentang nama pengarah, penulis, dan pelakon pelakon yang berlakon di dalam drama tersebut.

Lantas jenama jenama tersebut meminta pasukan penerbitan untuk mengeluarkan nama produk mereka daripada Snowdrop.

Produksi Snowdrop meminta para penonton bertenang dan akan menjelaskan bahawa episod seterusnya akan menjelaskan beberapa perkara yang mereka khuatirkan termasuk isu spy dari Korea Utara.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan