Bekas Kontraktor Bogelkan Apple Melanggar Hak Privasi Selepas Beriya Kutuk Orang Lain

Seorang bekas kontraktor Apple, Thomas le Bonniec yang bertindak sebagai pemberi maklumat / whitsleblower telah mendedahkan mengenai program gergasi teknologi untuk mendengar rakaman pengguna menerusi Siri telah disiarkan di khalayak ramai.

Dalam suratnya yang mengumumkan keputusannya meninggalkan kerja mewah di Apple, laporan oleh The Guardian telah dihantar kepada pengatur data Eropah.

Beliau mengatakan: “Ini membimbangkan bahawa Apple [dan tidak ada keraguan lagi, bukan hanya Apple] terus mengabaikan dan melanggar hak asasi dan terus mengumpulkan data pengguna mereka secara besar-besaran. ”

“Saya sangat bimbang syarikat teknologi besar pada dasarnya menyedarkan seluruh populasi, malah warga Eropah turut diberitahu bahawa EU mempunyai salah satu undang-undang perlindungan data terkuat di dunia.”

“Meluluskan undang-undang sahaja tidak cukup baik: tetapi perlu ditegakkan keadilan ke atas pesalah privasi, “katanya.

Le Bonniec merupakan subcontractor untuk Apple di Cork. Beliau bertugas menyalin semua data pengguna dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Beliau akhirnya menyedari apa yang beliau lakukan perlu dihentikan segera, dan membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Apple masih tidak mengaku bersalah. Malah mereka hanya meminta maaf di atas kelemahan sistem mereka pada tengah tahun 2019 lalu.

Dua bulan kemudian, Apple mengumumkan mereka mengeluarkan perisian yang membenarkan pengguna memilih sama ada pengguna setuju atau tidak suara mereka digunakan untuk digunakan bagi memperbaiki lagi Siri.

Sebelum ini Apple telah menyindir pesaing mereka dengan menuduh yang lain sebagai penyimpan rakaman suara pengguna. Dan Apple menyatakan suara pengguna mereka tak akan sesekali disimpan dalam data mereka.

Malangnya, bekas subkontraktor Apple ini percaya Apple masih lagi kekal dengan dasar mereka dan masih tidak dikenakan tindakan di atas salah laku mereka.

Thomas le Bonniec turut mendedahkan banyak rakaman yang disimpan oleh Apple bukan menerusi pengaktifan Siri. Jadi, ia dilakukan dengan cara lain termasuk daripada panggilan dan sebagainya.

“Saya mendengar ratusan rakaman setiap hari, dari pelbagai peranti Apple (misalnya iPhone, Apple Watches, atau iPad).”

“Rakaman ini sering diambil di luar sebarang pengaktifan Siri, dan sebagainya dalam konteks sama ada pengguna mereka benar benar mahu mengaktifkannya. ”

“Pemprosesan ini dibuat tanpa pengguna menyedarinya, dan dikumpulkan ke dalam set data untuk memperbetulkan transkripsi rakaman yang dibuat oleh perantinyi.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di