Bengang Grafiti Mengutuknya, Kim Jong Un Arah Ambil Sampel Tulisan Tangan Ribuan Rakyat Pyongyang

Kehidupa warga Korea Utara semakin hari menjadi lebih sukar. Di negara mereka terdapat banyak sekali larangan dan sekatan kebebasan daripada pemerintah termasuk gaya rambut, dilarang menonton filem dari Korea Selatan dan sebagainya.

Dan kini terdapat satu lagi cabaran untuk rakyat Korea Utara kerana pegawai Korea Utara ketika ini menuntut sampel tulisan tangan daripada beribu-ribu penduduk di Pyongyang selepas grafiti muncul dilaporkan menggelar Raja Jong Un sebagai ‘anak jalang [s*n of b***h]’,

Menurut The Daily NK,  melaporkan tentang satu Grafiti tertulis – “Kim Jong Un, kamu anak seorang jalang. Orang ramai mati kelaparan kerana kamu.”

Mesej ini muncul di dinding bangunan pangsapuri di daerah Pyongchon pada 22 Disember.

Laman web tersebut juga menyebut bahawa mesyuarat Parti Pekerja Korea yang kini menjadi pemerinta terus mengarahkan pegawai tempatan dengan cepat membersihkan kawasan itu dan memadamkan grafiti dari dinding.

Selepas kejadian itu, pegawai telah pergi dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu serta pergi ke setiap premis perniagaan berhampiran untuk menuntut sampel tulisan tangan dan menyoal penduduk tempatan tentang pergerakan mereka pada hari mesej itu muncul.

Mereka juga memeriksan beribu ribu rakaman CCTV tanpa tertinggal setiap saat pergerakan di dalam video rakaman. Sebelum ini kerajaan Kim telah memasang beribu-ribu kamera di bandar itu sejak dia berkuasa pada 2011.

Graffiti yang menyinggung perasaan ini datang pada masa kebuluran teruk diburukkan lagi oleh banjir baru-baru ini dan penutupan sempadan utara dengan China akibat wabak. Seterusnya, Kerajaan Korea Utara telah mewartakan perinta berkabung sempena ulangatahun kematian Kim Jong Il yang dianggap bapa pengasas Korea Utara yang ada pada hari ini.

Di mana sepanjang perkabungan semua premis perniagaan diarahkan tutut dan rakyat dilarang ketawa atau tersenyum.

Mereka diminta berada di rumah dengan kerajaan membekalkan bekalan makanan. Rakyat sudah lama menderita kerana perintah seperti itu. Namun mereka takut bersuara. Ramai yang terputus punca pendapatan hanya kerana hari berkabung nasional itu.

Jadi, selama 11 hari, warga Korea Utara dilarang melakukan berbagai kegiatan yang menggembirakan dan berhibur termasuk larangan beriadah dan ketawa.

Seorang warga Korea Utara menceritakan apa yang harus mereka lakukan ketika fasa berkabung nasional ini.

Rakyat Korea Utara dari Kota Sinuiju itu berkata: “Selama masa berkabung, kami tidak boleh minum alkohol, tertawa, atau melakukan aktiviti yang menghiburkan dan menggembirakan.”

“Kami semua harus bersedih dan meratapi pemergian Kim Jong-il.”

“Biasanya tentera dan polis akan sentiasa meronda untuk mengawal pergerakan orang awam ketika tempoh berkabung ini dengan ketat.”

“Dahulu, ramai orang yang tertangkap kerana minum-minum atau mabuk di masa berkabung akhirnya dipenjara dan dianggap sebagai pelaku kejahatan ideologi. Mereka dibawa masuk ke penjara dan tak pernah dilihat lagi, tak pasti sama ada masih di dalam penjara ataupun di tempat lain.”

Siren dibunyikan selama 3 minit pada Jumaat di seluruh negara Korea Utara menandakan bermulanya perkabungan kebangsaan mereka. Bendera bendera hanya dinaikkan separuh tiangg.

Seterusnya, sumber yang sama menyatakan bahawa: “Bahkan jika ada salah seorang anggota keluarga korang yang meninggal dunia di masa berkabung ini, korang tidak boleh menangis terlalu kuat dan jasadnya si mati hanya boleh dibawa keluar dari hospital [jika si mati meninggal dunia di hospital] setelah masa berkabung berakhir.”

“Selain itu, kesemua keraian, kenduri atau perayaan adalah dilarang sama sekali pada tempoh berkabung. Ini termasuk sambutan majlis harijadi.”

Setiap kali memasuki tempoh berkabung, polis dan tentera sudah mulai dikerahkan mengawal pergerakan orang awam sejak awal Disember.

Di radio dan televisyen, hebahan dan peringatan tentang tanggungjawab sosial dibuat terutam sekali kepada generasi muda.

Warga Korea Utara diingatkan agar tidak sesekali melanggar peraturan berkabung yang sudah menjadi upacara nasional.

“Dari hari pertama Disember, mereka [penguatkuasa] sudah mulai memantau rakyat agar tidak merosakkan suasana duka ini. Itu tugas khusus mereka selama sebulan. Mereka akan berkawal selama 24 jam.”

Bukan itu sahaja, rakyat juga dilarang untuk pergi membeli belah dan diminta sentiasa berada di rumah masing masing.

Syarikat dan pengusaha pula akan diminta bersama sama bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan sepanjang tempoh berkabung untuk memastikan pekerja mereka dan rakyat jelata tidak berkumpul di pasar atau pusat beli belah sehingga mewujudkan suasana ramai dan hingar bingar.

Lelaki itu menambah: “Kesejahteraan dan ketenangan harus sentiasa terjaga, sehingga syarikat dan pengusaha bertanggungjawab mengumpul makanan dan memberikannya ke rakyat dan para pekerja mereka yang tidak digalakkan turun bekerja.”

Sebenarnya, rakyat Korea Utara tidak gemarkan peraturan terlalu ketat ketika berkabung untuk pemimpin Korea Utara ini.

Kerana menurut mereka, setiap kali masuk tempoh berkabung seperti ini, ianya akan mejejaskan pendapatan mereka termasuk pendapatan syarikat ataupun orang persendirian.

Seorang lagi koresponden Radio Free Asia menyatakan: “Saya sebenarnya berharap masa berkabung untuk Kim Jong-il hanya seminggu sahaja, seperti mana masa berkabung untuk Kim Il-sung. Ramai rakyat mengeluh kerana dipaksa berduka dan meratapi kematian mereka hingga seperti orang mati.”

Kim Jong Il merupakan ayah kepada Kim Jong Un. Pada 1994, mendiang mengambil alih pemerintahan daripada ayahnya Kim Il Sung yang digelar pendiri negara Korea Utara yang meninggal dunia ketika itu.

Selepas Kim Jong Il, tahta kerajaan diserahkan kepada Kim Jong Un. Seperti yang dinyatakan dalam artikel terdahulu. Memang ada pilihanraya presiden, namun secara tersiratnya hanya ada satu calon sahaja iaitu keluarga Kim. Ini kerana, biasanya calon yang menentang dinasti Kim itu sendiri membantu mempengaruhi rakyat Korea Utara untuk mengundi Kim Jong Un.

Rakyat diwajibkan mengundi selepas berusia 17 tahun. Dan mereka boleh mengundi Kim Jong Un sahaja.

Selain itu,  Korea Utara menutup sempadan negaranya dengan Chona sehingga 2025 membuatkan negara mereka kekurangan bekalan makanan.

Kim Jong Un sudah mengingatkan rakyatnya agar ikat perut dan kurangkan makan berdepan dengan isu kekurangan stok makanan.

Tidak seperti negara demokrasi lain, Korea Utara melarang keras semua tindakan yang secara langsung mengkritik pemimpin negara. Pihak berkuasa telah mendakwa ramai pesalah dengan jenayah terhadap negara atau hasutan, menghantar mereka ke kem penjara politik atau bahkan membunuh mereka. Ada yang ditangkap dan terus hilang jejak selamanya.

Jika seseorang itu melakukan jenayah, bukan dia sahaja yang dihukum tetapi 3 generasinya, termasuk datuk atau nenek, ibu bapa dan anak mereka.

Undang undang ini dibuat untuk mengelakkan banduan lari dari penjara.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan