Bengang Pemain Suka Melawan, Pengadil Di Yaman Pakai AK47 Sebagai ‘Wisel’

Menjadi pengadil pastinya bukan tugas mudah. Terutama sekali untuk mengadili perlawanan komuniti yang biasanya free ataupun kalau ada bayaran pun sangat ciput berbanding pengadil perlawanan profesional.

Kalau pengadil profesional yang gaji besa tu pun bengang kalau dilawan oleh pemain, inikan pula pengadil liga sosial. Paling teruk, para pemain kadangkala bergaduh di atas padang dan melibatkan dia sekali.

Pengadil seringkali dikerumuni pemain yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Seorang pengadil di Yaman menghadapi masalah di mana para pemain tidak menghormatinya. Selalu memberikan kata kata kesat dan berkasar kepadanya.

Lalu dia memutuskan untuk menggunakan AK-47 sebagai wisel. Di mana setiap kali ada stop play ataupun pelanggaran peraturan oleh pemain / foul dan sebagainya, dia akan menembak ke langit.

Begitu juga dengan situasi bola mati seperti penalti, sepakan penjuru, sepakan gol serta lontaran ke dalam.

Ternyata cara dia membuatkan pemain pemain patuh dan menghormati pengadil.

Video tersebut tular di media sosial beberapa tahun lalu. Ternyata senapang itu bukan fake, kerana ada satu ketika pemain melakukan foul, terus pengadil menembak ke udara tanda perlawanan dihentikan seketika.

Saksikan di sini:

Ramai netizen memberikan komentar tentang perkara itu. Ada yang menyatakan bahawa nyawa menjadi taruhan oleh pemain yang membantah keputusan pengadil.

Ada juga yang mengingatkan pemain agar sentiasa menjauhi pengadil pada jarak selamat, takut dia tertekan picu AK-47 itu ketika foul berlaku.

 

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di