Bengang Prestasi Barai Di Tormo, Rossi Suruh Yamaha Belajar Dari Suzuki

Pelumba senior Valentino Rossi meminta Yamaha belajar dari Suzuki, yang mendominasi MotoGP Eropah 2020 di Litar Ricardo Tormo.

Rossi kembali semula ke perlumbaan selepas tamat tempoh kuarantin. Namun kepulangan semula Rossi berakhir dengan kesedihan.

Rossi tak dapat menamatkan perlumbaan dan rakan rakan lain dari Yamaha turut berprestasi teruk.

Lantas Rossi meminta Yamaha pergi belajar dengan Suzuki.

Dua pelumba Suzuki menduduki tempat pertama dan kedua dalam siri ke-12 di MotoGP musim ini. Joan Mir adalah pemenang, sementara Alex Rins meraih podium kedua.

Paling mengecewakan, tiada pelumba Yamaha yang berjaya berada di kedudukan 10 teratas.

Malah Valentino Rossi sendiri gagal menamatkan perlumbaan setelah mengalami masalah peranti elektronik di pusingan kelima.

Keadaan ini membuat Rossi meminta Yamaha belajar banyak perkara dari Suzuki yang telah menunjukkan prestasi yang baik musim ini.

Walaupun tidak diberikan harapan yang tinggi, ternyata Suzuki dan penunggangnya cukup konsisten setakat ini.

“Rujukan kami sepatutnya adalah Suzuki, kami harus belajar dari mereka. [Davide] Brivio berjaya menggabungkan kaedah Jepun dengan model Itali atau Eropah,” kata Rossi kepada Corsedimoto.

The Doctor kesal kerana sikap Yamaha tidak banyak berubah. Lebih-lebih lagi, Rossi, sering mengalami masalah dalam beberapa musim terakhir.

Rossi meminta Yamaha belajar dari Suzuki, bagaimana pasukan itu benar benar cepat mengkaji dan menyesuaikan motosikal mereka dengan tayar.

“Nampaknya Yamaha belum membuat gerakan seperti itu. Mereka [Suzuki] memahami sesuatu mengenai tayar yang tidak kita fahami,” kata Rossi.

“Yamaha menang dengan Franco [Morbidelli], tetapi mengagumkan terdapat begitu banyak perbezaan antara satu trek dengan trek yang lain,” kata pelumba berusia 41 tahun itu.

Dengan gagal menamatkan saingan di MotoGP Eropah 2020, Rossi gagal meraih mata dalam empat perlumbaan berturut-turut setelah tiga perlumbaan sebelumnya gagal ditamatkan kerana kemalangan.

Ini bukan pertama kali Rossi memuji Suzuki. Malah pada awal musim ini Rossi sudah melihat betapa kuatnya potensi Suzuki selepas melihat prestasi motosikal mereka terutama sekali di litar yang banyak menawarkan zon pecutan.

Yamaha sebelum ini pada kedudukan terbaik untuk menjadi juara dunia dalam semua kategori terutama sekali pelumba.

Namun sekarang mereka sudah dalam kedudukan sukar.

Joan Mir sudah mulai menjarakkan diri dengan Fabio Quartararo. Sementara pasukan mereka dipotong 50 mata untuk kelas pengeluar. Selain itu, Yamaha kilang dipotong 20 mata dan SRT dipotong 37 mata untuk kategori pasukan. Ianya kerana kesalahan modifikasi tanpa kebenaran.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu