Berisiko Digantung, Kuliak Nekad Akan Pakai Simbol ‘Z’ Lagi, Apa Makna Simbol Ini?

Atlet gimnas Rusia, Ivan Kuliak, 20, menimbulkan kontroversi apabila meletakkan simbol‘Z’ pada bajunya. Simbol yang sama ada pada peralatan ketenteraan Rusia ketika negara itu menyerang Ukraine.

Kuliak menyatakan bahawa dia tak akan serik memakai simbol itu lagi dan akan memakainya lagi selepas ini jika dia diberikan pilihan.

Ivan Kuliak berkata: “Jika ada peluang kedua saya untuk memakainya, kalau saya diberikan pilihan, sama ada saya akan memakai simbol Z itu lagi? Sudah tentu saya akan melakukan perkara yang sama.”

Ivan Kuliak menamatkan saingan acara palang sejajar di tempat ketiga dalam acara Kejohanan Dunia di Doha, Qatar. Agak ironi kerana gimnas Ukraine, Illia Kovtun memenangi pingat emas dan berdiri bersama sama dengan Kuliak di podium.

Ketika majlis penyampaian pingat, Kuliak tanpa rasa bersalah memakai simbol ‘Z’ tersebut yang disematkan di dadanya. Dan dia memakai simbol yang sama ketika acara berlangsung.

Simbol itu benar benar kontroversi kerana telah ditampal pada kelengkapan perang Rusia termasuk kereta kebal dan kereta tentera.

Ramai mengecam tindakan Kuliak dan menuduhnya sebagai menyokong tentera Rusia membedil Ukraine.

Tindakan Kuliak itu malah mendapat perhatian daripada Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) yang mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat kes tersebut.

Kuliak kini berdepan dengan tindakan digantung daripada acara antarabangsa. Dalam kenyataannya, FIG berkata: “Kami akan mengajukan perkara ini kepada Jawatankuasa Etika Gimnastik untuk membuka siasatan ke atas Ivan Kuliak berikutan kelakuannya yang mengejutkan.”

Namun Kuliak menjelaskan bahawa, pemakaian simbol Z itu tidak ada kena mengena dengan sokongannya kepada perperangan.

Tetapi dia tetap menyokong tenteranya yang sedang berjuang demi keamanan pada ketika ini, menurutnya.

Dia menyatakan simbol itu adalah digunakan untuk merujuk kepada demi kejayaan dan demi keamanan. Dia menyematkan semangat itu pada dirinya selaku atlet. Pada masa yang sama dia menyatakan dia berbangga menjadi rakyat Rusia.

“Saya melihat simbol ini pada tentera kami dan mencari apa maksud simbol ini. Sebenarnya simbol ini merujuk kepada simbol untuk menaikkan semangat ‘demi kejayaan’ dan ‘demi keamanan’. Sebagai atlet, saya sentiasa berjuang untuk kemenangan dan keamanan sejagat.”

Atlet Rusia ketika ini tidak dibenarkan bertanding menggunakan bendera Rusia ataupun lagu kebangsaan Rusia. Selain daripada Rusia, atlet Belarus juga dilarang oleh FIG bertanding dalam pertandingan antarabangsa di bawah seliaan mereka.

Selepas melihat apa yang dilakukan Kuliak, seorang lagi gimnas Ukraine menyatakan kemarahannya di Instagram. Oleg Verniaiev berkata: “Dah tentunya kamu membuat saya berkata: ehhhh, excuse me! Rusia tidak sepatutnya menyuarakan politik mereka dengan sukan.”

 

“Tahniah kepada orang kita [atlet Ukraine yang menang], segalanya sudah tertulis, kemenangan buat Ukraine!”

Kuliak bukan satu satunya atlet yang secara terbuka menggunakan simbol Z. Sebelum ini pemenang 2 emas Olimpik Svetlana Khorkina turut berkongsi simbol ‘Z’ sambil menulis, “Nah! Nindia untuk sesiapa yang malu mengaku diri orang Rusia. Ayuh sebarkannya.”

Kenapa tentera Rusia pakai Z?

Menurut laporan BBC, simbol Z itu sebenarnya nombor 2. Mewakili 22 Februari 2022, tarikh Rusia memeterai perjanjian persahabatan, kerjasama dan persetujuan dengan derah Ukraine yang mengiktiraf memisahkan diri mereka di Timur Ukraine iaitu Donetsk and Luhansk.

Namun selepas itu simbol Z itu terus digunakan untuk mengecam kenderaan tentera Rusia. Ini untuk mengelakkan mereka tersilap. Alang alang ianya sudah digunakan di beberapa pangkalan ketenteraan.

BBC turut melaporkan bahawa, Rusia mulai menandakan kesemua kelengkapan perang mereka dengan simbol Z bermula minggu lalu untuk mengelakkan “friendly fire” ataupun peluru sesat.

Seterusnya, tentera veteran Rusia, Sergey Kuvykin menjelaskan kepada sebuah portal di Rusia, simbol Z itu kini ada pelbagai bentuk mengikut unit ketenteraan. Ada yang menggunakan Z dengan segi empat, ataupun Z dengan bulatan, Z dengan bintang ataupun hanya Z sahaja.

Ini untuk memudahkan tentera dari unit ataupun kumpulan berbeza mengenalpasti komrad mereka.

Kini semakin ramai rakyat Rusia menyatakan sokongan mereka kepada tentera mereka dengan memuat naik gambar dengan Z di media sosial. Termasuk gambar berkumpulan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di