Bersara Demi Poker, Gravesen Kini Memiliki Kekayaan $100J Dan Sebijik Mercedes SLR McLaren $500k.

Thomas Gravesen menjalani kehidupan yang sangat berbeza selepas bersara daripada bola sepak profesional.

Setiap pemain bola sepak itu akan ada kisah mereka sendiri selepas bersara.

Gravesen dikenali sebagai pemain tengah yang kasar, lasak dan suka menimbulkan kontroversi. Dia bersara pada Januari 2009 selepas bermain di Hamburg, Everton, Real Madrid dan Celtic.

Terdapat laporan dahulu menyatakan bahawa dia bersara kerana mahu menjadi pemain poker profesional. Tidak pastilah kalau itu antara sebab dia bersara. Apa yang pasti dia sangat bagus di meja poker dan menjadi jutawan.

Malah, Gravesen, yang berpacaran dengan bintang filem satu warna Kira Eggers semasa ketika di Bernabeu, dilaporkan telah memenangi lebih $100 juta melalui kemenangan di meja poker sahaja. menurut The Daily Star.

Selama lapan tahun, bekas pemain tengah Everton itu dilaporkan menetap di kediaman mewah berpagar di Las Vegas bersama dengan isterinya, model Czech, Kamilia Persse, di mana dia tinggal berjiran dengan selebriti kelas A Hollwyood iaitu Nicolas Cage dan bintang tenis Andre Agassi.

Dia memiliki banyak koleksi kereta mewah, salah satu daripada adalah Mercedes SLR McLaren, bernilai sekitar $500,000.

Menurut laporan lagi, bekas pemain antarabangsa Denmark itu berkata dia tinggal di Las Vegas selama lapan tahun dan menikmati masa yang indah di Amerika, tetapi dia kini telah kembali ke Denmark.

Jadi bagaimana dia memperoleh kekayaannya? Gravesen dikatakan telah menjadi ketagih dengan mesin kasino , di mana dia terlibat dalam perlawanan ‘heads-up’ dengan pemain lain.

Pada satu malam itu, cerita mengatakan bahawa bekas lelaki Real Madrid itu kehilangan $54 juta dalam satu sesi tetapi dia akhirnya memenangi wang itu kembali…malah menang berlipat ganda.

“Saya boleh mengesahkan dia telah membuat £80 juta tetapi ia tidak datang dengan mudah.” kata pengguna TarantulaGargantu, di forum poker Two Plus Two.

“Saya berada di sana dalam salah satu sesi di mana dia bermain dengan seorang lelaki dan kehilangan £54 juta dalam satu malam. Namun tidak dapat menyatakan siapa yang menentangnya.”

Pada tahun 2018, James McFadden, yang bermain dengan Gravesen semasa di Everton, berkongsi beberapa kenangan luar biasa mengenai pemain tengah itu – sebahagian daripadanya melibatkan pistol paintball dan bunga api.

McFadden berkata:

“Dia mental [gila],” katanya dalam wawancara dengan Ferry.

“Dia ni manusia yanb berbeza…seseorang yang dalam kumpulan, baik, anda akan cuba mengelakkan dia.”

“Dia tiba tiba masuk dan menembak orang. Ada satu hari tu kan, dia membawa bunga api dalam satu hari. Bilik fisio berada di tepi salah satu padang [dan] pakar fisio adalah salah seorang lelaki yang paling cergas di kelab itu.”

“Dia berlari dengan pemain yang cedera apabila Tommy keluar bersama roket [bunga api] yang besar dan menembaknya tepat ke arahnya.”

Itulah kisah Gravesen. Tetapi ingat judi itu haram di sisi agama!

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu