Bertubi Tubi Keluar Perkataan Babi Di DUN Melaka

Hari ini telah tular satu video memaparkan kekecohan di DUN Melaka dengan perang mulut.

Di mana Yang Berhormat Datuk Norhizam bin Hassan Baktee telah berperang mulut dengan ahli DUN yang lain.

Ini selepas dia dituduh sebagai pengkhianat.

Maka bertubi tubilah keluar perkataan babi dari mulut beliau. Ahli DUN yang lain meminta YB Norhizam menarik balik.

Video yang tular itu telah menjadi bahan jenaka di kalangan netizen – yang seolah olah tak percaya, perang mulut dengan perkataan babi muncul sekali lagi di DUN Melaka.

Pelawak KC Nazari berseloroh menyatakan: “Inilah cara orang Melaka bertegur sapa apabila lama tak jumpa. Babi! Babi! Babi! Tu bahasa Melaka untuk ‘Oi lama tak jumpa kau, dah kurus eh sejak puasa’.”

“DUN Melaka tak pernah tak ceria sejak ada Juara Penembak Babi. Hebatnya beliau mampu kekal jadi Kerajaan & Exco hingga ke hari ini. Hari ni beliau berikan tembakan ‘babi’ bertalu-talu kepada bekas rakan separtinya. Legend betul mamat ni. Haha..” kata seorang lagi warganet.

Ini bukan kali pertama perang babi berkumandang di DUN Melaka. Tahun lalu juga terdapat perang mulut melibatkan babi.

Namun ada juga yang menyatakan mereka malu melihat kelakuan YB-YB yang terlibat di dalam insiden itu.

https://twitter.com/nabilarmus/status/1259733480096710656

Ada yang menganggap kelakuan mereka macam budak budak dan memalukan. Sepatutnya mereka fokus kepada perbincangan tentang kepentingan rakyat.

Apapun diharap segala kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan seeloknya. Tak elok bergaduh masa bulan puasa ni.

Dalam perkembangan yang lain, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, DUN Melaka ke-14 yang baharu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di