Bintang Baru Liverpool, Dominik Szoboszlai Ajar Cara Betul Sebut Namanya

Dominik Szoboszlai menjadi rekrut terbaru Liverpool di bahagian tengah selepas Alexis Mac Allister.

Pemain antarabangsa Hungary itu dibeli oleh Liverpool dengan nilai £60 juta dari RB Leipzig. Di mana kelab Merseyside itu membayar klausa pelepasan pemain itu.

Szoboszlai merupakan pemain yang beraksi di attacking midfielder dan boleh bermain di sayap kanan.

Terkenal dengan kepakarannya dalam sepakan penalti dan bola mati, pemain itu akui teruja ketika mendengar Liverpool berminat dengannya.

Namun dia terpaksa menyembunyikan keterujaan itu risau perjanjian ini gagal dimeterai.

Dominik Szoboszlai juga mengakui dia telah membuat peralihan penting dalam kariernya ke tahap baharu dengan menyertai Liverpool.

Di mana pemain itu telah memilih jersi no.8 kerana idolanya Steven Gerrard.

“Saya ada tatu dari Gerrard. Sebab itu saya pilih nombor ini. Saya tak banyak menonton bola masa saya kecil. Namun dah tentunya saya menyaksikan perlawanan perlawanan besar seperti final UCL atau perlawanna besar lain.”

“Saya menyaksikan aksi Liverpool dan Steven Gerrard adalah antara nama sangat besar,” kata pemain tersebut.

Dia juga nyata teruja dapat bekerjasama dengan Jurgen Klopp. Di mana satu klip pada 2020 lalu memaparkan pemain itu mengiktiraf Jurgen Klopp sebagai pengurus terbaik di dunia pada masa itu.

Dengan namanya yang agak rumit untuk disebut, pemain itu berbesar hati mengajar netizen cara yang betul menyebut namanya.

Dia berkata sebutannya ‘Do-mi-nik Sobos-slai.’

Baca yang lain