BOD Man United Ikrar Terus Sokong Ole, Sedia Teruskan Projek Jangka Panjang

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, Lembaga Pengarah (BOD) Man United mahu Ole terus kekal sebagai pengurus mereka.

Sekaligus menepis dakwaan bahawa Man United sedang berkira kira mahu mendapatkan Zinedine Zidane.

Sebelum ini nama Antonio Conte hangat dikaitkan dengan United selepas kekalahan di tangan Liverpool. Namun BOD Man United secara majoriti masih menyokong Ole, walaupun ada yang mulai menentang.

Ole Gunnar Solskjaer masih diberikan kepercayaan untuk meneruskan projek yang beliau sudah rancang.

Di mana sebelum ini Ole menyatakan bahawa beliau dan pemain pemain Man United sudah melalui proses yang sangat jauh. Dan tidak ada peluang untuk mereka berputus asa dalam usaha mereka mencapai apa yang mereka hajati.

Buktinya, lembaga pengarah berterusan memberikan beliau dana yang beliau perlukan. Solskjaer malah menyatakan bahawa beliau sentiasa percaya akan kemampuan dirinya untuk membawa kelab tersebut kembali memenangi piala.

“Saya sentiasa berinteraksi dengan kelab sepanjang masa, terbuka dan jujur. Ada tekanan pada saya, itu pastilah kan. Kami sudah membangun dalam beberapa tahun ini, dari kedudukan ketiga, kemudian kedua. Saya ada nilai saya tersendiri selagi lagi kelab mempercayai saya.”

“Saya ada cara saya tersendiri menguruskan pasukan dan saya percaya kepada diri saya.”

Solskjaer sebelum ini sudah mendapatkan pemain yang beliau hajatkan seperti Varane dan Jadon Sancho. Ditambah pula dengan legenda sepanjang zaman mereka, Cristiano Ronaldo.

Seterusnya, Man United berjaya mengekalkan pemain seperti Paul Pogba di dalam pasukan.

Jadi, tidak ada alasan untuk Ole tidak memberikan sesuatu sebagai pulangan kepada kelab.

Ole sudah kembali semula ke Carrington untuk mengendalikan latihan pasukan. Sebelum ini beliau dan staf kejurulatihannya diberikan cuti mengejut oleh kelab.

Berita itu membuatkan ramai berspekulasi bahawa Man United sedang mempertimbangkan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Seterusnya, beberapa media mendakwa, Ole bakal dipecat sebelum aksi berdepan dengan Watford.

Namun dalam siaran podcast beliau, Fabrizio Romano menjelaskan bahawa: “Man United mahu terus bekerjasama dengan Ole Gunnar Solskjaer, selama mana yang mereka boleh.”

“Dan kelab akan membuat penilaian tentang situasi kelab pada musim panas akan datang.”

Ini menggambarkan bahawa Man United sudah sedia untuk berbelanja besar sekali lagi untuk membantu Ole membentuk pasukan yang beliau mahukan.

Baca yang lain