Borussia Dortmund Umum Perpindahan Sancho Ke United €85 Juta

Borussia Dortmund telah mengesahkan Manchester United akan membayar €85 juta untuk Jadon Sancho dalam satu kenyataan oleh kelab.

Kelab Bundesliga mengesahkan bahawa syarat telah dicapai dengan United untuk perpindahan pemain muda England, Jadin Sancho yang akhirnya berjaya berpindah ke Old Trafford.

Sancho sudah lama mahu berpindah ke Man United. United pada masa yang sama, turut telah berusaha mendapatkan Sancho sejak musim panas lalu. Tetapi United tidak akan memenuhi tuntutan  harga oleh Dortmund yang mahukan £108 juta ataupun sekitar €120 juta.

Namun kesepakatan lebih mudah untuk dicapai kali ini kerana pandemik yang melanda dan Sancho dikatakan telah memberikan komitmen terbaiknya sepanjang musim lalu walaupun perpindahan gagal. Seolah olah sindiran kepada Ousmane Dembele yang sebelum ini menyusahkamn mereka.

Kenyataan Dortmund mengesahkan butir-butir kontrak telah disusun tetapi mengatakan bahawa Sancho masih perlu mengadakan sesi medikal untuk mengesahkan se-sah-nya dia akan menjadi pemain baru United.

BvB dalam kenyataannya berkata: “Pemain Jadon Sancho akan berpindah dari Borussia Dortmund ke Manchester United Football. Kedua-dua kelab dan pemain telah mencapai kesepakatan mengenai hal ini pada hari ini.”

“Sekiranya pertukaran rasmi dilakukan, Manchester United akan membayar BVB yuran perpindahan tetap sebanyak €85 juta.”

“Perincian kontrak sekarang harus diselaraskan dan didokumentasikan. Proses perpindahan rasmi juga bergantung kepada kejayaan menyelesaikan semua ujian khas dan pemeriksaan perubatan yang diperlukan, prosedur koordinasi dengan kelab pemain sebelumnya dan proses yang tepat dan tepat waktu sesuai dengan peruntukan Sistem Pemadanan Pemindahan FIFA (FIFA TMS).”

“Dengan perpindahan ini, pihak pengurusan mengharapkan pengaruh positif terhadap angka pendapatan utama (EBITDA, EBIT) untuk tahun kewangan 2021/2022 dengan jumlah sekitar EUR 56.0 juta.”

Borussia Dortmund juga telah mengadakan sidang media pada hari Khamis pagi bersama dengan pengurus baru Marco Roses. Ketua eksekutif – Hans-Joachim Watzke turut membincangkan isu Jadon Sancho.

“Ada kesepakatan pada prinsipalnya dengan Manchester United. Hal-hal formal masih harus dijelaskan. Ini adalah hasrat ekspresi Jadon untuk berpindah, kami sebenarnya ingin mengekalkan beliau,” kata Watzke.

“Kami bukanlah gembira dengan wang itu, tetapi sebaliknya sedih kerana dia akan pergi.”

Sancho akan menandatangani kontrak lima tahun dengan United – opsyen setahun lanjutan. Beliau akan menerima gaji lumayan di Old Trafford dan dijangka akan memakai jersi no.7.

Baca yang lain