Bos Insurans Ini Bersara Dan Nekad Beri Bonus £10 Juta (RM53.14j) Kepada Pekerjanya Tanda Terima Kasih

Seorang CEO syarikat Insurans Admiral di Cardiff telah bersara dengan memberikan penghargaan kepada para pekerjanya.

Ini kerana menurut beliau, tanpa para pekerjanya, adalah mustahil untuk perniagaan beliau berdiri kukuh dan menjana keuntungan berbillion pound sterling.

David Stevens, CEO  Admiral Insurance, sedia meninggalkan jawatannya di syarikat yang ditubuhkannya bersama pada 30 tahun lalu.

Selepas pengumuman persaraannya, beliau menerima banyak jambangan bunga, coklat, wain dan bermacam macam lagi hadiah daripada staf beliau.

Namun staf beliau terkejut apabila David Stevens dan isterinya memutuskan untuk memberikan bonus / hadiah tanda terima kasih mereka kepada staf yang membantu beliau dalam operasi perniagaannya selama ini.

Pesara 58 tahun itu dan isterinya Heather Engelhardt memberikan £10 juta untuk dibahagikan kepada semua pekerjanya.

Ketika ini mereka memliliki lebih 7,000 staf berjawatan tetap yang akan menerima  £1,000 (RM5,315) seorang.

Manakala mereka yang berjawatan separuh masa pula akan menerima £500 (RM2,657) setiap seorang.

Beliau berkata kepada Business Live:

“Mengucapkan terima kasih kepada semua staf dengan cara ini adalah yang terbaik saya rasa saya mampu lakukan.”

“Dan saya bangga dan bertuah dapat bekerja dengan sekumpulan manusia yang istimewa.”

“Kerja keras dan dedikasi mereka yang membantu Admiral membangun daripada syarikat pemula kepada satu jenama besar, daripada 0 pelanggan dan 57 staf, kepada nilai FTSE 100 syarikat bernilai sekitar £8bn, dengan pelbagai cawangan, jutaan pelanggan serta lebih 11,000 staf di seluruh dunia.”

“Di sebalik semua ini, Admiral masih menjadi tempat yang menyeronokkan untuk bekerja.”

“Terima kasih daripada saya dan isteri saya kepada semua yang ada di Admiral.”

Ini bukan pertama kali syarikat itu memberikan bonus perpisahan daripada bos mereka. Pada 2016, co-founder Henry Engelhardt juga memberikan staf sepenuh masa mereka £1,000 setiap seorang yang keseluruhannya bernilai £7 juta.

Kini, mereka sudah ada 7,500 kakitangan di South Wales dan lebih dari 3,000 orang di luar negara di Sepanyol, Itali, Perancis, Kanada, AS dan India.

Stevens akan digantikan oleh Milena Mondini de Focatiis, ketua kumpulan UK dan insurans di Eropah sekarang.

Dalam pernyataan sebelumnya, seperti di Reinsurance News, dia berkata: “Di samping rasa bertuah dan terima kasih kepada mereka yang memungkinkan semua ini … saya merasakan ini adalah  tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik untuk masa depan Admiral jangka panjang”.

Dia menambah: “Saya sangat gembira kerana, di Milena, saya mempunyai pengganti yang mempunyai kepandaian, nilai, rekod prestasi dan kejelasan visi untuk mengambil peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, dan memastikan bahawa Admiral akan terus berusaha seperti kereta api pada tahun-tahun akan datang.

Baca yang lain