Bos SRT Nafi Dekati Dovizioso

Sebelum ini Speedweek melaporkan bahawa, Valentino Rossi mempertimbangkan untuk membuat keputusan mendadak mahu bersara selepas mendengar Yamaha SRT mahu mendapatkan Dovizioso.

Dovizioso sah akan menginggalkan Ducati selepas gagal mencapai kesepakatan untuk kontrak baharu.

SRT masih dalam rundingan dengan Valentino Rossi. Namun rundingan itu masih belum mencapai kata putus.

Awalnya SRT menjangkakan rundingan akan dimuktamadkan pada Ogos, namun kini sudah masuk ke September.

Lalu, Crash sebelum ini melaporkan bahawa, Rossi dan SRT akan mengumumkan isu kontrak mereka pada GP San Marino.

Tetapi perkara yang menjadi halangan sekarang adalah rundingan di antara SRT dan The Doctor yang masih rumit.

Valentino Rossi mahu membawa kesemua krewnya ke SRT sedangkan sebelum ini beliau sudah diberikan kebenaran membawa 2 orang krew.

Rossi mahu meneruskan tradisinya sebelum ini, membawa kesemua krew bersamanya ke pasukan baharu.

Selain daripada isu melibatkan membawa ‘satu kampung’ ke SRT, terdapat juga isu dengan penajaan. Rossi bukannya pelumba biasa biasa. Beliau ada penajaa esklusif tersendiri.

Lantas, Speedweek menyatakan semua perkara itu membawa kepada keputusan Yamaha SRT kini mempertimbangkan untuk mendapatkan Dovizioso ke dalam pasukan mereka.

Mendengarkan perkhabaran itu, Rossi dilaporkan mahu bersara daripada MotoGP jika gagal mendapatkan kontrak dengan pasukan satelit Yamaha itu.

Rossi sudah bertekad untuk terus mewakili Yamaha musim hadapan.

Namun tempatknya dalam pasukan kilang akan diisi oleh Fabio Quartararo yang kini mewakili Petronas Yamaha SRT.

Datuk Razlan Razali tampil dengan kenyataan sangat ringkas menerusi Facebooknya dengan menafikan bahawa mereka mendekati Dovizioso untuk dibawa masuk musim hadapan.

Ini memberikan bayangan bahawa mereka masih berusaha untuk mendapatkan Valentino Rossi ke dalam pasukan mereka untuk musim hadapan.

Jadi, adakah Rossi akhirnya akan diumum sebagai pelumba baharu SRT pada GP San Marino?

Ataupun pelumba lain selain daripad Rossi ataupun Dovizioso berada dalam slot pasukan SRT untuk musim hadapan?

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di