Bos Yamaha SRT Kini Dalam Dilema Nak Pilih Hafizh Syahrin Atau Rossi

Prinsipal Yamaha-Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, berada dalam keadaan dilema pada ketika ini.

Ini kerana beliau perlu memilih sama ada mahu membawa masuk legenda MotoGP, Valentino Rossi, ataupun memberi ruang buat pelumba tempatan, Hafizh Syahrin Abdullah, ke dalam pasukan itu musim depan.

Valentino Rossi dijangka akan diumum secara rasmi sebagai pelumba pasukan satelit Yamaha itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini Rossi sudah menyatakan dengan terbuka bahawa beliau akan beraksi di pasukan satelit Yamaha.

Namun Razlan menegaskan bahawa buat masa ini segalanya adalah tidak mustahil untuk berlaku sesuatu yang drastik.

Razlan juga menyatakan dia seorang yang patriotik dan seboleh bolehnya beliau mahu meletakkan seorang pelumba dari Malaysia di dalam pasukannya musim hadapan.

Namun beliau terpaksa akur bahawa, itu tidak cukup untuk membuat keputusan akhir.

Razlan: Saya dalam dilema

Dipetik dari Stadium Astro, Razlan berkata: “Saya memang tersepit dalam hal ini.”

“Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita.”

“Bukan tidak boleh tapi kami perlu berlandaskan keputusan.”

“Bila sudah sampai di tahap MotoGP, seseorang pelumba itu perlu menyerlah, bukan lagi masa untuk pendedahannya selama setahun dua.”

“Dia sepatutnya sudah tahu untuk mengendalikan jentera MotoGP,” katanya.

Selain daripada itu Datuk Razlan Razali turut menyarankan Hafizh Syahrin melantik pengurus yang berkaliber dalam mengendalikan isu kontrak dan kariernya dalam MotoGP.

Sementara itu, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersimpati dengan Hafizh Syahrin dan sedia menjadi pelantar kepada pelumba itu mendapatkan bantuan bagi meneruskan perjalanan dalam saingan MotoGP.

“SIC sememangnya di bawah agensi KBS (Kementerian Belia Sukan).

“SIC telah dipilih untuk memantau bakat-bakat pelumba negara dalam MotoGP.

“Apa-apa bantuan yang disalurkan KBS perlu melalui SIC dan kami sentiasa membantu pelumba negara dalam MotoGP,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shaffriman Hanif.”

Hafizh Syahrin, yang mula mencipta nama apabila beraksi dalam saingan Moto2 selama tiga tahun dan musim terbaik ialah pada 2016.

Lalu Hafizh berjaya mendapatkan tempat dan status sebagai pelumba MotoGP.

Namun Hafizh Syahrin sukar memberi saingan pada dua musim di motogp dan kembali ke moto2 tahun ini.

Musim ini pencapaian Hafizh Syahrin dalam Moto2 boleh dikatakan memberangsangkan sebelum beliau terpaksa berehat seketika kerana kecederaan selepas terlibat kemalangan.

Rossi mahu terus berlumba

Valentino Rossi sudah bertekad akan meneruskan kariernya dalam MotoGP dan sanggup untuk beraksi di pasukan satelit.

Sebagai tambahan, gaji Rossi di pasukan satelit Yamaha akan ditanggung oleh Yamaha.

Rossi, Quartararo, Qatar MotoGP

Rossi menegaskan beliau sudah tidak memikirkan soal lain seperti isu gaji pada fasa kariernya ketika ini. Kerana menurutnya yang penting terus berpeluang bersaing di pentas tertinggi.

Ramai perlekehkan keputusan Rossi

Keputusan Rossi menyertai pasukan satelit telah diperlekehkan oleh beberapa pihak yang menganggap legenda itu tak sepatutnya beraksi di pasukan satelit.

Casey Stoner antara mereka yang menganggap Rossi telah merendahkan status dirinya dengan berpindah ke Yamaha SRT.

“Rasanya sangat kecewa saat melihat seorang pelumba yang pernah diinginkan semua pasukan, kini diperlakukan seperti ini.”

“Dulu semua pasukan rela membayar mahal agar Valentino Rossi bergabung dengan mereka.”

“Tapi kini ternyata beliau dibuang ke pasukan satelit,” ujar Casey Stoner kepada GP One.

“Saya rasa dia masih memiliki potensi untuk menjadi juara dan mencatatkan keputusan hebat.”

“Saya tidak meragukannya, bakatnya belum hilang begitu saja. Menyedihkan rasanya, apabila mengetahui bahawa beliau tak lagi menjadi ancaman dalam perebutan podium seperti dahulu,” jelas beliau lagi.

Bos LCR turut sependapat

Sebelum ini Bekas pelumba dan pemilik pasukan LCR, Lucio Cecchinello, menganggap langkah Valentino Rossi untuk ke Petronas adalah pilihan yang kurang tepat.

Bercakap kepada Tuttomotoriweb, Cecchinello memperlekehkan perkembangan tersebut sambil menganggap ia tidak setaraf dengan Rossi.

Cecchinello berkata: “Seorang pelumba tidak akan pernah ingin mengakhiri karier seperti itu.”

Ketika ditanya siapakah lebih bagus, Rossi atau Marquez, Cecchinello memilih Marc Marquez.

“Saya pilih Marc Marquez kerana setiap sukan akan ada evolusi. Ada perubahan evolusi secara semulajadi. Kita semua patut buat tugu penghormatan kepada Rossi di setiap litar, kerana beliau membantu menaikkan sukan ini ke satu tahap baru, menjadikan sukan ini sangat popular. Ia luar biasa.”

“Namun kalau nak melihat dari sudut kesukanan, saya akan pilih Marquez kerana dia menaikkan penanda aras.”

Namun prestasi Yamaha SRT yang memberangsangkan musim ini ternyata menutup mulut ramai pengkritik. Kerana pasukan tersebut ternyata memiliki daya saing yang sangat baik.

Prestasi Yamaha SRT setakat ini sangat baik. Di mana mereka mendahului dalam kategori pasukan dan pelumba.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali