Brazil Minta FIFA Kenakan Penggantungan Kepada Kesemua Pemain Brazil Di EPL Yang Tak Melapor Diri

Persatuan bola sepak Brazil, CBF sudah mengajukan aduan bahawa kelab kelab EPL enggan melepaskan pemain pemain mereka untuk minggu antarabangsa.

Sebelum ini, EPL dengan majoriti menyokong idea untuk menghalang pemain balik ke negara yang zon merah seperti Brazil.

Ini kerana kelab kelab ini merasakan peraturan kuarantin wajib akan menyukarkan pasukan berdepan dengan jadual padat.

Brazil kali ini menjadi perhatian dunia. Dengan perlawanan pershabatan antara Brazil – Argentina dihentikan oleh Anvisa (badan kesihatan Brazil) sehinggalah aduan kepada FIFA tentang pemain mereka.

Agak ironi, pemain pemain EPL yang beraksi untuk Argentina ditahan oleh Anvisa kerana masuk ke Brazil dari UK yang berada dalam senarai zon merah oleh Brazil. UK turut menyenaraikan Brazil dalam zon merah mereka.

Selecao kini telah meminta FIFA untuk mengenakan larangan bermain selama lima hari terhadap lapan pemain yang tidak hadir ke minggu antarabangsa selepas panggilan. Ini termasuk Alisson, Roberto Firmino, Fabinho, Ederson, Gabriel Jesus, Thiago Silva, Fred dan Raphina semua akan terlepas ini permainan hujung minggu.

Firmino pemain yang berada dalam senarai kecederaan. Mungkin pemain itu akan terlepas hukuman.

Bagaimanapun Everton tidak akan berdepan risiko beraksi Richarlison, setelah nama penyerang itu tidak termasuk dalam senarai yang diserahkan FA Brazil kepada badan FIFA. Richarlison diberikan pengecualian selepas membantu Brazil memenangi emas olimpik yang lalu.

Jika larangan itu dikenakan oleh FIFA, maka Man United dan Chelsea akan terkesan sebanyak dua kali dengan larangan itu berakhir pada tengah malam Rabu.

Ini bererti bahawa Thiago Silva dan Fred akan turut terlepas aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara mereka masing-masing, menentang Zenit dan Young Boys.

Hari ini, Football London melaporkan bahawa Spurs akan mengambil tindakan ke atas pemain mereka yang balik ke zon merah. Di mana 2 pemain beraksi untuk Argentina di Brazil. Davinson Sanchez turut pulang ke Amerika Selatan.

Brazil merupakan negara yang sangat ketat dalam mengawal pintu sempadannya pada masa ini. Mereka melarang sama sekali pelawat dari UK masuk. Jika ada urusan, pelawat pelawat ini perlu untuk dikuarantin wajib 14 hari.

Peraturan ini yang menyebabkan pemain pemain Argentina dihalau dari padang ketika aksi baru 4 minit.

FIFA sebelum ini dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa: adalah tanngungjawab setiap pasukan untuk melepaskan pemain mereka untuk tugasan antarabangsa. Kecuali ke negara yang berisiko tinggi atau zon merah.

Baca juga: AFA Rimas Dengan Anvisa, ‘Fans’ Brazil Akhirnya Faham Kenapa EPL Tak Nak Lepas Pemain

Persatuan Bola Sepak Argentina, AFA akhirnya membuka mulut tentang tindakan Anvisa (pegawai kesihatan Brazil) yang tiba tiba masuk ke padang dan ‘menangkap’ 4 pemain EPL yang dianggap melanggar protokol kuarantin.

Dalam kenyataannya AFA menyatakan tindakan pegawai Anvisa itu merimaskan dan membuatkan mereka tidak selesa.

AFA dalam kenyataannya berkata: “AFA meluahkan rasa tidak selesa dan terkilan dengan penundaan perlawanan aksi Argentina bertemu Brazil di Sao Paulo.”

Seterusnya AFA mempersoalkan kenapa Anvisa menghentikan aksi tersebut hanya selepas 4 minit sepak mula perlawanan.

Kerana kem Argentina sudah berada di negara mereka beberapa hari sebelumnya. Kenapa pemain pemain Argentina tidak dihalang terus daripada aksi tersebut?

“AFA terkejut dengan tindakan Anvisa, hanya dilakukan selepas perlawanan dimulakan.”

“Pasukan Argentina sudah mematuhi segala piawaian sanitasi yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL).”

Pengurus Argentina, Lionel Scaloni terkejut dan menyatakan beliau tidak menyangka bahawa keadaan itu berlaku. Sambil mengakui kesemua pemain Brazil dan Argentina teruja untuk bermain aksi tersebut.

G1 melaporkan bahawa 4 pemain Argentina itu tidak dibawa ke balai polis untuk disiasat kerana tidak mematuhi SOP sanitasi negara Brazil.

Roy Nemer awalnya menjangkakan Brazil akan dikenakan tindakan pemotongan mata kerana mereka gagal melaksanakan tanggunjawab mereka sebagai tuan rumah. Semua delegasi Conmebol dikatakan mecnapai kata sepakat.

Namun akhirnya CONMEBOL mengesahkan perlawanan ini dikira ditunda dan akan disambung lagi. Maka tiada penolakan mata untuk Brazil.

Perturan ketat

Brazil menyenaraikan pelawat daripada beberapa negara untuk wajib kuarantin 14 hari, kecuali mereka melalui negara lain untuk ke Brazil  – dengan syarat mereka sudah 14 hari berada di negara tersebut.

Pelawat dari England, Afrika Selatan, Ireland Utara dan India merupakan 4 negara yang dikenakan perintah kuarantin wajib dan disenarai dalam zon merah oleh Brazil.

Menurut Anvisa, Emiliano Buendia, Emiliano Martinez  (Aston Villa) dan Giovani Lo Celso serta Cristian Romero (Spurs) telah diarahkan untuk kuarantin wajib, 2 jam sebelum perlawanan, namun pengurus Argentina mengabaikan arahan tersebut.

Telegraph Sport menghubungi FIFA untuk mendapatkan penjelasan, namun pihak FIFA masih dalam siasatan.

Patutlah…

Tindakan Anvisa ini berlaku selepas beberapa kelab EPL lain melarang pemain mereka pulang ke Brazil untuk aksi antarabangsa. Ini selepas Anvisa mengenakan syarat kuarantin wajib.

Spurs dan Villa dengan beraninya membenarkan pemain mereka pulang untuk aksi tersebut. Sementara pasukan seperti Liverpool dan City melarang kerana peraturan ketat Anvisa.

Peminat Brazil sebelum ini mengecam kelab kelab EPL yang tidak mahu melepaskan pemain pemain mereka termasuk Alisson, Fabinho, Roberto Firmino (Liverpool), Ederson, Gabriel Jesus (Manchester City), Thiago Silva (Chelsea), Fred (Manchester United), Richarlison (Everton) dan Raphinha (Leeds).

Alisson seperti seorang YB

Selepas kejadian itu ternyata ramai peminat Brazil menyatakan bahawa mereka akhirnya faham kenapa kelab kelab EPL tidak mahu melepaskan pemain mereka ke Brazil.

Selain itu Anvisa dituduh sebagai pilih kasih.

Anvisa berani ke buat kat Presiden?

Malah ada yang menyindir Anvisa untuk mengambil tindakan yang sama ke atas beberapa majlis keramaian politik di Brazil. Ini selepas presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sendiri banyak kali terlepas tindakan walaupun berkali kali melanggar protokol kesihatan Anvisa.

Anvisa kali ini menurut mereka garang semacam dalam tindakan mereka.

Seterusnya, seorang lagi ahli politik, Rodrigo Maia berkata: “Kita harap Anvisa setegas ini juga dalam isu kesihatan pada majlis yang dianjurkan oleh presiden, tanpa pelitup muka atau vaksin.”

Argentina tiba di Brazil pada Jumaat sebaik sahaja menang 3-1 ke atas Venezuela dalam aksi Kelayakan piala Dunia.

Anvisa lambat?

Namun Anvisa hanya bertindak hanya 3 jam sebelum sepak mula.

Anvisa menyatakan: “Anvisa mempertimbanhkan situasi ini memberikan risiko sangat besar dan sudah meminta pihak kesihatan tempatan Sao Paulo untuk mengkuarantin pemain pemain terbabit. Mereka dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti di Brazil sementara mereka berada di sini, sehingga  tempoh kuarantin mereka tamat.”

Pada 8.08 malam waktu Brazil, pegawai Anvisa diriingi polis meminta pemain pemain Argentina masuk ke bilik persalinan.

Mereka menjelaskan bahawa 4 pemain EPL itu berada di Britain kurang 14 hari sebelum memasuki Brazil.

Anvisa: Mereka menipu maklumat

Seterusnya, Anvisa menuduh 4 pemain tersebut memalsukan maklumat mereka kepada imigresen pada Ahad untuk melepasi SOP Sanitasi Brazil.

Anvisa berkata: “Selepas perjumpaan dengan jabatan kesihatan, kami sahkan, selepas melihat maklumat pasport perjalanan 4 pemain itu, mereka kesemuanya gagal mematuhi peraturan pelawat ke negara Brazil, yang termaktub dalam ordinan Interministerial Ordinance No. 655, 2021, yang mengkehendaki pelawat yang datang melaluin United Kingdom, South Africa, Northern Ireland dan India dalam masa 14 hari sebelum ini dilarang untuk memasuki Brazil tanpa kuarantin wajib.”

“Pemain pemain ini mengesahkan mereka tidak melalui mana mana negara zon merah itu dalam 14 hari terakhir.”

“Pemain pemain ini tiba di Brazil menerusi penerbangan dari Cacacas/ Venezuela ke Guarulhos. Namun, berita tidak rasmi sampai ke meja Anvisa menyatakan bahawa ada pemain memalsukan maklumat perjalanan mereka.”

“Anvisa mengambil kira risiko daripada situasi ini, dan sudah menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk terus mengkuarantin 4 pemain itu, dengan melarang mereka terlibat dalam mana mana aktviti, dan mereka tidak dibenarkan berada di Brazil, sesuai dengan artikel 11. undang undang persekutuan no.643/77.”

Telegraph juga mengesahkan bahawa Premier League memerlukan 4 pemain itu untuk dikuarantin wajib apabila pulang kelak. Dan mereka juga akan menghadiri pemeriksaan berkala yang ketat.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di