Brighton Tolak Bidaan £50j Chelsea Untuk Moises Caicedo

Chelsea telah menghantar bidaan rasmi bernilai GBP50 juta untuk mendapatkan Moises Caicedo dari Brighton.

Namun bidaan itu ditolak oleh Brighton yang merasakan bidaan itu terlalu rendah. Brighton meletakkan tanda harga GBP100 juta untuk pemain tersebut.

Chelsea mencari pemain tengah baharu seelaps kehilangan N’golo Kante dan bakal kehilangan pemain seperti Mason Mount dan Matteo Kovacic.

Semalam Moises Caicedo memberitahu Brighton bahawa dia sudah memutuskan mahu menyertai Chelsea. Dan kedua dua kelab kemudian memulakan rundingan.

Malangnya, kedua dua kelab gagal mendapatkan kesepakatan dalam harga pemain itu.

Dari segi terma peribadi, pemain itu sudah hampir mencapai kesepakatan dengan Chelsea. Kelab London itu yakin bahawa pemain itu tiada masalah dengan terma peribadi tersebut.

Walaupun Brighton menolak tawaran daripada Chelsea bernilai GBP50 juta itu. Namun rundingan ini masih di landasan yang baik.

Chelsea benar benar berharap Brighton akan dapat mengurangkan harga pemain itu.

Chelsea sedia untuk menawarkan bidaan dengan tawaran harga lebih baik selepas ini.

Legenda Chelsea, Frank Leboeuf adalah penyokong idea untuk mendapatkan Caicedo. Kerana menurutnya pemain itu akan menjadi gandingan sempurna untuk Enzo Fernandez di tengah.

Kedua duanya dianggap akan saling melengkapi.

Caicedo telah diberikan lampu hijau untuk meninggalkan Brighton pada jendela perpindahan kali ini kerana pemain itu pernah setuju untuk terus kekal dan menandatangani kontrak lanjutan sebelum ini.

Ketika itu Caicedo sudah menyatakan minatnya mahu menyertai Arsenal ataupun Chelsea. Namun Brighton menghalang hasratnya kerana sudah kehilangan pemain utama iaitu Marc Cucurella.

Caicedo dijanjikan bahawa dia boleh pergi pada jendela perpindahan kali ini. Dengan dia setuju melanjutkan kontrak baharu untuk membolehkan kelab mendapatkan bayaran lebih tinggi.

Arsenal yang turut berminat dengan Caicedo ketika ini mengutamakan rundingan mendapatkan Declan Rice terlebih dahulu.

Sebelum ini Brighton sudah kehilangan Alexis Mac Allister ke Liverpool. Mereka melepaskan pemain itu dengan nilai sekitar £35 juta.

Mereka berharap akan mendapatkan £135 juta daripada penjualan dua pemain tengah mereka itu.

Chelsea pada masa yang sama dalam proses mahu menjual beberapan pemain termasuk pemain yang enggan melanjutkan kontrak.

Baca yang lain