Bruno Fernandes Tangguh Rundingan Kontrak Kerana Isu Gaji Dan Struktur Kelab

Bruno Fernandes dilaporkan telah terhenti. Dan pemain itu memutuskan untuk menangguhkan dahulu rundingan kontrak baharu dengan Manchester United. Namun Red Devils kekal tenang dengan situasi tersebut. Kerana mereka yakin Bruno Fernandes masih gembira di Old Trafford dan percaya dengan projek masa depan kelab itu.

Ada beberapa faktor yang membuatkan Fernandes menangguhkan rundingan menurut laporan The Athletic. Ini termasuk isu gaji dan juga situasi kelab.

Pemain antarabangsa Portugal itu menunjukkan aksi mengagumkan pada hujung minggu lalu dengan menjaringkan dua gol dalam keputusan seri 2-2 dengan Aston Villa di Villa Parl.

Bagaimanapun, nampaknya masa depan jangka panjangnya di Old Trafford masih tidak menentu lagi.

Ia merupakan musim yang sukar untuk Fernandes setakat ini yang, seperti kebanyakan rakan sepasukannya, dia juga telah bergelut untuk konsisten sepanjang kempen musim ini.

Pemain antarabangsa Portugal itu, bagaimanapun, menyinar ketika seri 2-2 dengan Aston Villa walaupun tanpa Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire di atas padang.

United telah cuba mengikat Fernandes dengan perjanjian baharu sejak sekian lama, setelah pertama kali membuka perbincangan pada November 2020 yang lalu.

Dan The Athletic berkata rundingan kini telah ditangguhkan buat sementara waktu, satu lagi tamparan kepada Ralf Rangnick.

Penerbitan tersebut menyatakan Fernandes dan wakilnya menolak tawaran kontrak pada lewat musim luuruhn yang lalu. Dan dijangka akan membuka semula rundingan pada Mei akan datang.

Walaupun sebelum ini dia menggandakan pendapatannya sebanyak dua kali ganda ketika menyertai Man United daripada Sporting. Namun di Man United dia jauh daripada senarai pemain yang menerima gaji besar di sana.

Fernandes ketika ini hanya memperoleh £100,000 seminggu di United. Sudah pastinya dia mahukan kenaikan gaji dan United turut menawarkan perkara yang serupa.

Cuma Fernandes dikatakan mahu melihat dahulu situasi kontrak pemain yang lain untuk dia meminta gaji yang dia rasakan yang terbaik dia berhak dapat selaku pemain terbaik United dari segi kontribusi gol [sama ada gol atau assist] sejak dia menyertai kelab itu.

Ronaldo kini menerima gaji terbesar dalam kelab tersebut yang dipercayai dalam lingkungan £400,000 seminggu.

David De Gea pula mengaut £375,000 setiap minggu selepas menandatangani perjanjian baharu hampir tiga tahun lalu.

Paul Pogba, Raphael Varane, Anthony Martial, Jadon Sancho, Edinson Cavani dan Marcus Rashford, kesemuanya menerima gaji sekurang kurangnya dua kali ganda lebih tingga daripada Bruno Fernandes ketika ini.

Jadon Sancho dilaporkan menerima gaji yang sama dengan De Gea ketika menyertai Man United dari Borussia Dortmund pada musim ini.

Paul Pogba antara pemain yang masih belum melanjutkan kontrak baharu. Dan dijangka akan menerima kenaikan yang luar biasa pada kontrak baharu sekiranya kesepakatan dicapai.

Fernandes dikatakan mahu menjadi sebagai penerima gaji tertinggi ataupun setara dengan penerima gaji tertinggi di United selepas membantu kelab itu bangkit sejak menyertai mereka.

Fernandes menjadi watak penting yang membantu United menamatkan saingan liga sebagai naib juara pada musim lalu.

Selain itu dia juga mahu melihat situasi Man United pada akhir musim ini. Penstrukturan kelab sedang berlaku ketika ini. Dan United masih mencari pengurus tetap untuk mengendalikan pasukan mereka pada musim depan.

Ianya cabaran besar untuk Rangnick yang kini sedang menjadi interim. Rangnick pastinya tidak mahu menjadi punca Fernandes meninggalkan Man United.

Jadi, sangat penting untuk Rangnick memastikan United menamatkan saingan di 4 teratas pada musim ini. Fernandes mahu jaminan projek di United sesuai dengan cita citanya dan juga berpotensi dalam bersaing untuk memenangi piala.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari