Bruno: Saya Datang Ke Manchester Untuk Menang Piala

Bruno Fernandes telah terbukti seorang pemain hebat untuk Manchester United, kehadirannya membuatkan pasukan ini berbeza dari sebelumnya.

Manchester United layak ke Liga Juara-Juara dan dia memberi sumbangan besar melalui gol dan bantuan. Dalam 8 perlawanan liga setakat ini, Bruno telah menjaringkan 6 gol dan menyumbang 3 bantuan.

MENTALITI JUARA

Bercakap melalui halaman rasmi kelab, pemain Portugal ini memberi aspirasi disebalik keputusan menyertai Manchester United.

“Saya selalu mengatakan perkara yang sama, bagi saya keputusan datang ke Manchester United adalah sama seperti saya ke Sporting, ia adalah untuk memenangi piala.”

“Saya datang ke Manchester United dengan mentaliti sama.”

“Bagi saya, bukan menjadi masalah tentang kelab lain, orang mungkin mengatakan mereka lebih baik dari kami, mereka mempunyai 11 pemain utama yang lebih baik, pemain simpanan yang lebih baik.”

“Orang boleh bercakap apa yang difikirkannya, saya tidak kisah. Bagi saya, saya datang ke Manchester United untuk menang piala.”

“Anda bermain dengan salah satu kelab terbesar di dunia. Kelab ini telah mecipta sejarah masa lalu-sejarah yang luar biasa.”

“Bagi sebuah kelab seperti Manchester United, kami sudah banyak kali menang ‘Liga Perdana’. Jadi anda perlu ada dalam fikiran anda, semua pemain, semua staf, kami disini untuk menang.”

“Saya rasa kita mesti mempunyai mentaliti itu.”

ANALIS PEMAINAN SENDIRI

Tidak menghairankan melihat Fernandes cukup sempurna jika dia menampilkan persembahan terbaiknya. Dia sentiasa mengalisis semula permainannya melalui video selepas perlawanan.

“Biasanya apabila saya menghabiskan perlawanan, saya pulang ke rumah dan sukar untuk tidur akibat kafein yang diambil sebelum perlawanan.”

“Semua Red Bulls yang anda minum menyukarkan anda menenangkan diri. Jadi saya pulang ke rumah dan mula menonton permainan.”

“Melihat momen yang saya lakukan dengan baik, melihat momen yang saya lakukan dengan tidak baik atau perkara yang saya perlu perbaiki.”

“Saya suka melihat analisis dan kemudian saya akan melihat berapa banyak hantaran gagal, melihat berapa banyak bola saya recover, berapa banyak hantaran panjang dan berapa banyak hantaran baik dan buruk saya lakukan.”

“Saya suka melihat semula perincian seperti itu. Saya rasa perincian boleh memberikan perbezaan dalam bola sepak.”

BELAJAR DARI CARRICK

Michael Carrick telah menyertai staf kejurulatihan kelab selepas bersara pada tahun 2018 dan Fernandes telah mengatakan mengenai pentingnya belajar dari orang seperti itu.

“Saya melihat satu sesi latihan dan Carrick bermain. Mungkin disebabkan kekurangan 1 pemain. Seorang pemain kesebelasan utama kami dalam proses pemulihan.”

“Saya melihat Carrick tidak melakukan miss passing. Sungguh luar biasa melihat ketajamannya melakukan hantaran.”

“Saya bercakap dengan Fred dan berkata kepadanya hey, tengok dia main dan ulangi perkara sama.”

“Jika seseorang dari luar menonton latihan itu, tidak ada yang mengatakan pemain ini bukan sebahagian dari pemain.”

“Dia seorang pemain yang mempunyai kualiti hantaran dan kami perlu melakukan penyudah dan latihan hantaran, dia sentiasa ada untuk membantu kami.”

“Saya banyak belajar darinya dan dia juga seorang pendengar. Dia memenangi banyak piala dan bagi saya anda mesti belajar dari pemain ini.”

“Moutinho dan Carrick merupakan pemain yang anda boleh belajar untuk bermain secara pintar.”

“Mereka bukanlah pemain suka ditonton oleh kanak-kanak dan mereka tidak akan berkata mahu menjadi sepertinya tetapi dalam berpasukan anda perlukan pemain seperti ini.”

“Anda tahu pemain ini tidak akan melakukan hantaran gagal, anda tahu mereka akan melakukan hantaran pintar, kebanyakan akan membantu anda membuat keputusan yang betul.”

“Anda memerlukan pemain seperti ini.”

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari