Budak 2 Tahun Ini Sahkan Pesanan Perabot Bernilai RM8k, Pening Ibu Dan Ayahnya

Pada zaman sekarang ini, sebenarnya budak budak seawal usia setahun atau dua tahun dah didedahkan dengan telefon pintar. Jadi mereka sangat mudah akses kepada peralatan elektronik tersebut.

Fungsi telefon pintar pada hari ini bukan sekadar untuk call atau membuat hantaran teks. Sebaliknya, shopping pun kita pakai telefon pintar.

Ada kisah yang agak kelakar bercampur sedih dilalui pasangan suami isteri apabila anak mereka yang berusia 2 tahun telah terpesan perabot menggunakan telefin pintar mereka.

Kejadian itu berlaku di New Jersey Amerika Syarikat ini. Di ibu kepad anak tersebut sebenarnya telah meletakkan beberapa barangan perabot yang dia belek di katalog digital ke dalam cart pesanan.

Sebenarnya wanita itu tidak berniat nak membeli semua. Cuma mahu menjadikannya rujukan sahaka.

Tidak semena mena, anak kecil mereka iaitu Ayaansh Kumar telah membuka telefon pintar itu dan mengesahkan pesanannya di Walmart.

Kesannya, keluarga mereka menerima pelbagai penghantaran perabot sejak seminggu yang lalu. Ini termasuk kerusi, pasu bunga dan meja serta lain lain lagi.

Kesemua kos yang mereka tanggung adalah sebanya RM8,000.

Keluarga tersebut sudah memaklumkan perkara itu kepada pengurusan Walmart. Dan mereka bercadang untuk membeli terus beberapa perabot. Dan yang lainnya akan dikembalikan semula untuk mendapatkan refund.

Bercakap kepada Fox News, Madhu Kumar berkata: “Sekarang ni kami menerima 10 sehingga 12 pakej besar, ada di sini.”

Ayahnya, Pramod pula berkata: “Ini adalah kerusi kerusi yang sangat besar pakej bungkusannya. Saya tak boleh angkat ianya seorang diri.”

“Kami letakkan barang barang ini dalam cart online untuk kami belek belek nanti. Biasanya kami akan tengok balik barang barang ni untuk pastikan kami benar benar mahukannya dan membuat perbandingan.”

“Selalunya isteri saya yang akan check out benda ni, dia akan keluarkan benda dia tak mahu.”

Madhu berkata: “Sebenarya ada 2 ke 4 set kerusi yang kami pertimbangkan. Namun anak saya telah click mengesahkan pesanan kesemua 10-12 set kerusi yang ada dalam cart itu.”

“Saya cuma perasan benda tu selepas melihat email masuk hari berikutnya dan pakej pakej ini tak henti henti tiba di rumah kami.”

Ayah Ayaans menambah: “Ibunya bertanya kepada saya, kamu ada beli barang tanpa berbincang dengan saya ke?”

Walaubagaimanapun, mereka merasakan pengalaman itu lucu, walaupun agak sedih memikirkan rumah mereka dah penuh dengan kotak perabot.

Ibunya berkata lagi: “Disebabkan dia kecil je orangnya, maka kami rasa dia comel ketika melakukan perkara seperti itu dan kami hanya ketawa bila dapat tahu dia pesan semua barang barang ini.”

Lalu ibu dan ayahnya bertekad akan mengunci telefon pintar mereka dengan kata laluan yang tidak mudah dibuka oleh Ayaansh.

Jadi berhati hatilah dengan telefon bimbit anda. Tak pasal pasal berlaku perkara macam ni pula. Kalau seller nak direfund tak mengapalah. Kalau yang jenis tak nak refund atas sebab barang sudah ditempah dan diterima, naya oi..

Baca yang lain