Budweiser Mahu Hadiahkan Semua Bir Kepada Juara Piala Dunia Dan Saman FIFA

FIFA pada saat akhir telah membatalkan jualan bir di kesemua stadium Piala Dunia.

Sebelum ini berlaku konflik tentang peraturan penjualan bir. Qatar menentang penjualan bir di dalam stadium. Namun dalam laman rasmi FIFA, ada penjualan bir dibuat.

Bir tersebut adalah bir yang menjadi penaja rasmi Piala Dunia 2022 iaitu Budweiser, rakan kongsi FIFA dalam Piala Dunia. Ianya dianggap bir rasmi kejohanan.

Selepas itu, Gianni Infantino akur dengan kerajaan Qatar dan memutuskan untuk tidak menjual bir di kesemua stadium.

Kerajaan Qatar masih tidak berganjak dengan pendirian mereka tentang alkohol.

Peminat Ecuador menjerit: “Kami mahu bir” dalam perlawanan pembukaan semalam.

Selepas membuat perbincangan sebelum temasya bermula, FIFA akhirnya memutuskan untuk tidak menjual bir.

Infantino malah menyindir peminat bola sepak dari Eropah dan blok barat bahawa mereka tak akan mati kalau tak minum bir dalam masa 3 jam sehari.

Di Qatar, ada tempat khas yang menjual bir. Dan tempat itu kebiasaannya sangat jauh dari bandar. Serta bir sangat mahal.

Infantino berkata: “Kalau kamu tak minum bir dalam masa 3 jam dalam sehari, kamu masih akan hidup.”

“Ada banyak negara yang melarang penjualan bir dan alkohol di dalam stadium, misalnya Perancis. Namun oleh kerana Qatar negara Islam, maka ini satu masalah bagi kamu.”

Budweiser menanggung kerugian yang besar kerana larangan penjualan tersebut.

Dan mereka sedia untuk menyaman FIFA kerana melanggar kontrak.

Malah syarikat bir terkemuka itu sedia menghadiahkan kesemua bir edisi Piala Dunia 2022 mereka kepada negara yang memenangi Piala Dunia 2022.

Jumlah keseluruhan bir itu sekitar EUR75 juta ataupun RM352 juta.

Budweiser turut merancang untuk mengambil tindakan perundangan ke atas FIFA kerana larangan pada saat akhir itu.

Sebenarnya sudah banyak bantahan dibuat ke atas FIFA sebelum ini bahawa tajaan daripada syarikat bir seperti ini adalah tidak kena dan tak sesuai dengan acara bola sepak.

Dalam Euro yang lalu, Ronaldo pernah mengkritik penaja rasmi Coca Cola di sidang media dengan menyatakan bahawa lebih sihat minum air kosong berbanding air bergas.

Itu pun salah satu penaja yang dianggap tidak begitu sesuai.

Baca yang lain