Video: Cara Salah Menjaringkan Gol

Mohamed Salah akhirnya kembali beraksi dalam kesebelasan utama.

Dan beliau kembali dengan sentuhan gol yang sangat cantik dan mengiurkan.

Mo Salah sebelum ini direhatkan dalam aksi derbi Merseyside yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Liverpool di hadapan menerusi Trent Alexander Arnold pada minit ke-23.

Ternyata kaki kanan Trent Alexander Arnold terlalu bahaya untuk diberikan peluang seperti itu di luar kotak penalti.

Liverpool mendapat sepakan percuma setelah Van Dijk dikasari.

Dengan gol itu, bermakna Trent Alexander Arnold sudah menjaringkan 3 gol. Terbanyak dilakukan beliau dalam satu musim kempen. Sebelum ni 2 gol je dalam 3 musim.

Secara keseluruhannya Trent Alexander Arnold sudah menyumbang dan menabur bakti secara terus kepada 15 gol Liverpool musim ini. Ian sumbangan yang sangat besar daripada anak jati Scouser pekat ini.

Tidak hairanlah beliau menjadi inspirasi ramai anak muda lain di bandar Liverpool.

Mo Salah menambah satu lagi gol sebelum rehat. Hasil umpanan cantik daripada pemuda warga Brazil, Fabinho.

Mo Salah melakukan off ball movement yang penuh motivasi dan keinginan.

Fabinho melakukan hantaran yang penuh visi dan pandangan jauh. Dan hantaran itu seperti yang dihajatkan. Sangat cantik gol itu.

Salah menewaskan pertahanan yang terperangkap dengan killer pass oleh Fabinho.

Salah tidak mahu rasa bersalah dan meraikan golnya dengan ala kadar.

https://twitter.com/i/status/1275881883797241857

Memang menarik gol daripada Mo Salah ni. Ulang berkali kali pun tak jemu lebih lebih lagi jika anda penyokong Liverpool.

Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2 gol tanpa balas.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di