Casey Stoner Kutuk Peminat Rossi Paling Toksik, Dan Rossi Tak Pernah Tegur Mereka

Casey Stoner berterus terang kepada umum bahawa, dalam sejarah kariernya, peminat paling toksik pernah dihadapinya adalah peminat Valentino Rossi.

Casey Stoner pernah menjadi pesaing dan seteru kepada Rossi. Dan dia menceritakan kisah bagaimana peminat Rossi sanggup melakukan apa sahaja untuk menyakitinya, termasuk melihatnya cedera sebelum perlumbaan.

Stoner menegaskan bahawa, dalam kariernya, dia ada ramai seteru. Ini termasuk Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa – selain daripada Rossi. Jadi amat sukar untuk memilih mana satu seteru terbaiknya.

Namun perseteruan itu menjadi lebih rumit kerana sikat peminat Valentino Rossi itu sendiri selain daripada kehebatan Rossi di atas litar yang sukar dikalahkan.

“Ia adalah sukar [untuk memilih], sejujurnya, bukan hanya persaingan saya dengan Valentino Rossi,” kata Casey Stoner.

“Kerana sepanjang karier saya, saya juga berlumba menentang Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo.”

“Jadi mungkin mereka adalah saingan paling sukar saya dalam kerjaya saya,” tambahnya, dipetik dari laman Motosan.

Casey Stoner tidak teragak-agak untuk mengutuk betapa toksiknya peminat Valentino Rossi berdasarkan pengalamannya sebagai pelumba dan pesaing utama Rossi.

Antaranya adalah, peminat Rossi sanggup menceroboh laluan ke paddock untuk menjatuhkan Casey Stonyer yang biasanya menggunakan skuter ketika berada di paddock.

“Kebanyakan kali apabila saya melalui paddock dengan skuter ke kotak pit, seseorang akan cuba menjatuhkan saya,” kata Casey Stoner.

“Saya sedang menunggang skuter dan mendapati ada orang benar-benar cuba menarik lengan saya dan menjatuhkan saya atau melintas di hadapan saya.”

“Mereka melakukan segala yang mungkin untuk membuatkan saya jatuh dan cedera,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, malah garaj motosikalnya juga divandalisme.

“Mereka menulis benda benda yang teruk dekat garaj motosikal saya. Jadi, apabila mendapat ancaman dan ugutan seperti itu, pada mulanya, ketika saya tiada apa apa, bagi saya ianya sangat sukar untuk menghadapinya.”

Kemudian Casey Stoner mengecam sikap Valentino Rossi sendiri sebagai punca kenapa peminatnya menjadi sangat toksik. Ini kerana Rossi tidak pernah menasihati peminatnya agar berkelakukan lebih baik.

Rossi hanya terdiam dan seolah oleh merestui perbuatan tersebut.

“Mereka mahu sesuatu berlaku kepada saya yang akan menyebabkan saya terkeluar daripada perlumbaan,” jelas Casey Stoner.

“Masalah peminat adalah sesuatu yang tidak pernah mahu dihentikan oleh Valentino, perkara yang mereka lakukan kepada saya amat mengerikan,” tambah beliau lagi.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu