Cech Kritik Gol Fernandes Dibenarkan: “Bukti Mereka Yang Buat Peraturan Tak Faham Permainan”

Man United menghasilkan kebangkitan lewat untuk mengejutkan juara bertahan, Manchester City pada aksi petang Sabtu.

United pergi ke perlawanan menentang pesaing sengit mereka dengan keyakinan tinggi berdasarkan prestasi semasa mereka.

Skuad kendalian Erik ten Hag telah hebat sejak kebelakangan ini dan sedang memburu sembilan kemenangan di Old Trafford.

Sementara itu, Man City tidak menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Citizen tetap mendahului pada minit ke-60 menerusi Jack Grealish.

Kevin De Bruyne melakukan hantaran lintang yang menarik ke dalam kawasan bahaya dan Grealish melakukan tandukan untuk menyumbat masuk bola ke dalam jaring.

United bertindak balas dan berjaya menghidupkan permainan dengan dua jaringan pantas.

Bruno Fernandes menjaringkan gol penyamaan kontroversi pada minit ke-78 sebelum Marcus Rashford memberi mereka pendahuluan sejurus selepas itu.

City berterusan cuba menyerang untuk mencari gol penyamaan tetapi United menangkis serangan mereka dan bertahan untuk meraih ketiga-tiga mata.

Titik tolak dalam perlawanan itu adalah detik United menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes pada minit ke-78.

Rashford berada dalam kedudukan ofsaid apabila Fernandes merembat bola ke dalam jaring.

Gol itu pada mulanya diketepikan kerana ofsaid, dan ianya sangat mengecewakan pemain United.

Tetapi penderitaan bertukar menjadi kegembiraan buat penyokong United apabila VAR membatalkan keputusan itu dan membenarkan gol itu.

Bekas penjaga gol Chelsea dan Arsenal, Petr Cech sedang menonton perlawanan dari rumahnya.

Dan dia kecewa dengan keputusan pengadil dan pengadi VAR yang menurutnya hanya tahu mencipta peraturan tetapi mereka sendir tidak memahami bagaimana permainan itu berlaku di atas padang.

Mereka tidak dapat menyesuaikan peraturan dengan permainan.

“Gol pertama United hanya membuktikan orang yang membuat peraturan tidak memahami permainan,” katanya dalam tweet.

Seperti biasa pendapat Cech itu turut mengundang banyak kritikan. Ramai yang menuduh dia sebagai sakit hati.

Namun ada juga yang menerima kritikan itu dan menganggap Man United kali ini pula yang bernasib baik kerana keputusan memihak mereka. Kadangkala keputusan memihak kepada pasukan lain.

Man United telah memintas Newcastle United di tempat ketiga.

Mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang City pada ketika ini.

Arsenal boleh melebarkan pendahuluan mereka di puncak carta kepada lapan mata sekiranya mereka menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan derbi utara London pada petang Ahad.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di