Chelsea Sedia Tewaskan Manchester United Dapatkan De Jong

Chelsea tiba tiba memasuki persaingan mendapatkan Frenkie De Jong. Pemilik Chelsea, Todd Boehly sudah terbang ke Barcelona dan dilaporkan bakal membincangkan perpindahan tersebut.

Sebelum ini Barcelona hanya mendapat minat yang serius daripada Manchester United. Kini sudah ada kelab lain yang benar benar serius. Laporta sebelum ini sudah menyatakan bahawa bukan Manchester United sahaja yang mahukan De Jong.

Sebelum ini Chelsea cuba menghijack Raphinha dari menyertai Arsenal. Dan kemudian Barca pula cuba menghijack pemain itu daripada menyertai Chelsea.

Dengan Chelsea sudah merasakan bahawa Raphinha lebih berminat ke Barcelona. Mereka sudah ada alternatif lain untuk dibawa masuk.

Kini Chelsea mahu melalukan perkara serupa untuk menghalang Frenkie De Jong daripada jatuh ke tangan Manchester United. Barcelona bergelut untuk mengekalkan De Jong kerana pemain itu menolak untuk dipotong gaji.

Chelsea telah memaklumkan kepada kelab Sepanyol itu mengenai hasrat mereka untuk menyasarkan pemain tengah pada jendela perpindahan ini dan mereka percaya mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk menandatangani pemain berkaliber seperti De Jong.

Rundingan ini juga mungkin akan menarik perhatian Barcelona kerana mereka bakal melihat Chelsea akan menarik diri daripada persaingan mendapatkan Raphinha.

Mereka boleh mengosongkan gaji De Jong untuk membawa masuk pemain Leeds tersebut dan juga cuba membawa masuk Robert Lewandowsji.

Seterusnya Chelsea sedia membayar angka yang diminta Barcelona. Bermakna mereka sedia menawarkan  tawaran lebih tinggi daripada Man United.

Selain itu, Chelsea percaya bola sepak UCL akan menjadi daya tarikan utama kepada De Jong.

Namun begitu, de Jong masih berminat untuk kekal di Barca. Chelsea cuba untuk meyakinkan Barca dengan sedia menawarkan salah satu atau kedua-dua bek kiri Marcos Alonso dan bek kanan Cesar Azpilicueta, sebahagian daripada perbincangan.

Pemain berusia 25 tahun itu akan menelan kos melebihi £50 juta walaupun Chelsea akan menawarkan kedua-dua pertahanan Sepanyol bersamanya.

Dengan nilai £70 juta yang diletakkan oleh Barcelona pada namanya,  pemain itu masih sukar untuk memeterai kontrak dengan kelab Manchester United kerana banyak isu.

Antaranya adalah isu gaji dan kesepakatan harga. De Jong sebenarnya sudah memberikan lampu hijau untuk ke Man United, selepas beliau sebelum itu memaklumkan mahu terus kekal.

Barcelona perlu membuat perjanjian khas dengan De Jong berkaitan dengan pembayaran gaji pemain itu yang tertunggak sekitar GBB17 juta.

Selain daripada De Jong, Thomas Tuchel turut memburu seorang lagi graduan Ajax iaitu Matthijs De Ligt.

Juventus sudah menyatakan bahawa mereka terbuka mendengar tawaran yang baik untuk pemain tersebut.

Tuchel yang sudah kehilangan 2 bek tengahnya, iaitu Antonio Rudiger dan juga Andreas Christensen. Mereka terdesak mencari bek tengah yang baharu dan berkualiti tinggi.

Baca yang lain