Chen Long Tewaskan Zii Jia Dengan Aksi Solid Di Set Kedua Dan Penentuan

Lee Zi Jia turun dalam aksi kalah mati berhadapan dengan Chen Long dalam aksi perseorangan lelaki di Tokyo 2020.

Chen Long turun dalam usahanya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio, empat tahun lalu.

Set pertama

Lee Zii Jia terlebih dahulu mendapat mata pertama namun kemudian melakukan kesilapan menolak shuttle keluar.

Chen Long kemudian tersilap agakan ketika Zii Jia bergelut untuk mengembalikan bulu tangkis. Chen Long ingatkan shuttle dah keluar namun masuk.

Lee Zii Jia terpaksa menerima rawatan selepas jarinya mengalami kesakitan. Namun dia boleh meneruskan perlawanan.

Chen Long di hadapan 4-3 selepas 2 kesilapan daripada Zii Jia yang menolak bulu tangkis keluar.

Chen Long berada dua mata di hadapan pada kedudukan 6-4. Namun Zii Jia pantas merapatkan jurang kepada 5-6 dan seterusnya menyamakan kedudukan kepada 6-6.

Kedua dua pemain kemudian saling berbalas pungutan mata. Zii Jia menolak satu lagi attack ke garisan hujung dan seterusnya menambah mata menerusi kesilapan Chen Long untuk menjadikan kedudukan 9-7 memihak Zii Jia.

Chen Long berterusan melakukan kesilapan dan separuh set pertama dimiliki Zii Jia dengan 11-8.

Ketika perlawanan disambung Zii Jia menjarakkan jurang mata kepada 13 mata dengan kedudukan 21-8.

Zii Jia sekali lagi menerima rawatan di tepi gelanggang untuk jarinya yang cedera.

Segalanya serba tidak menjadi buat Chen Long. Melakukan beberapa kesilapan dan juga tidak dapat melakukan serangan ke atas Zii Jia yang bertahan baik.

Chen Long tidak mendapat sebarang mata selepas invterval. Zii Jia kemudian menamatkan pertarungan dengan 21-8.

Set kedua

Bermula set kedua, Chen Long memulakan langkah dengan mendapat tiga mata pertama set tersebut. Dan Chen Long turut mendahului 7-2. Pendahuluan 3 mata pada awal permainan.

Zii Jia mematikan rentetan mata itu dengan smash untuk mata ketiga menjadikan skor 3-7. Namun selepas itu Zii Jia melakukan kesilapan bola tanggung yang mudah dimatikan Chen Long.

Zii Jia berusaha merapatkan jurang dengan smash kencang untuk kedudukan 4-8.

Berlaku permainan rally menarik antara kedua dua pemain. Yang akhirnya dimenangi Chen Long selepas beberapa siri serangan.

Zii Jia merapatkan jurang kepada 7-9 dengan acahan yang memerangkap Chen Long.

Chen Long melakukan serangan ke bahagian tengah yang gagal dimatikan Zii Jia.

Zii Jia cuba memerangkap Chen Long dengan cross court smash yang terkeluar. Rehat set kedua kali ini dikuasai Chen Long dengan 11-7.

Bersambung set kedua, Chen Long menjarakkan jurang mata kepada 4 mata untuk kedudukan 12-7. Sebelum Zii Jia sekali lagi menggunakan senjata smash kencangnya untuk mendapatkan mata kelapan.

Zii Jia terus mengejar Chen Long menjadikan kedudukan 12-14 dengan menyerang shuttle terus di hadapan jaring. Namun sayangnya, Zii Jia melalukan tolakan yang keluar selepas itu.

Chen Long seterusnya melakukan permainan gelanggang kemas dengan memaksa Zii Jia mengangkat shuttle, terus dia mematikannya dengan smash. 16-12 memihak Chen Long.

Chen Long melancarkan satu lagi smash untuk mematikan rally pendek untuk memaksa Zii Jia melakukan kesilapan dengan mengembalikan shuttle keluar dari gelanggang.

Pemain Malaysia itu kemudian melakukan jumping smash sangat kuat, tiada jawapan Chen Long untuknya — 13-17. Ini diikuti oleh serangan pantas untuk mata ke 14.

Zii Jia memerangkap Chen Long dengan pergerakan tangan yang kemas dan mengelirukan (15-17).

Chen Long memastikan dia kembali 3 mata di hadapan dengan smash ke tepi gelanggang. Return daripada Zii Jia tersangkut di jaring.

Zii Jia merapatkan jurang kepada 17-18 selepas Chen Long silap agakan. Pemain veteran China itu menyerang bola tanggung untuk mata ke-19 papan skor 17-19.

Zii Jia kembali fokus dan melakukan smash menyilang yang gagal dikembalikan Chen Long.

Akhirnya Zii Jia menyamakan kedudukan 19-19 selepas Chen Long melakukan tolakan agak terlebih kuat keluar.

Chen Long kemudian berada di mata perlawanan dengan smash di hadapan jaring – bola tanggung – yang terus menuju ke badan Zii Jia.

Chen Long menamatkan set dengan smash ke tepi gelanggang. Challenge dibuat Zii Jia. Namun shuttle jelas masuk. Chen Long menang 21-19.

Set penentuan

Chen Long meneruskan rentak cemerlangnya untuk mengutip 5 mata awal. Zii Jia akhirnya melakukan smash untuk mengutip dua mata berturut turut menjadikan kedudukan 2-5.

Pada satu ketika Chen Long mendahului dengan 10 mata untuk 12-2.

Zii Jia terus tertekan dan Chen Long menggunakan pengalamannya untuk memerangkan pemain Malaysia itu. Chen Long berjaya mendahului 16-3 dan Zii Jia pada kedudukan untuk mengejar jurang yang sangat besar. Menjadikan ia pendahuluan terbesar dalam perlawanan ini. Zii Jia mematikan shuttle di hadapn jaring untuk kedudukan 4-16.

Tiga lagi kesilapan dilakukan Zii Jia untuk membolehkan Chen Long kini hanya 2 mata daripada mata kemenangan dengan kedudukan 19-4.

Segalanya serba tidak menjadi untuk Zii Jia.

Akhirnya Cheng Long menamatkan perjuangan Zii Jia dengan kemenangan 21-5 untuk mara ke suku akhir. Dengan rekod pendahuluan terbesar iaitu 16 mata.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di