China Hantar Kumpulan Pakar Pergi Membantu Itali

Di kala Amerika Syarikat terus memburukkan China dan menutup pintu negaranya, China pula telah menghantar pakar COVID-19 mereka ke Itali.

Pada 13 Mac lalu, sekumpulan pakar COVID-19  dari China, mendarat di Itali.

Ini selepas Itali bergelut untuk mengatasi wabak koronavirus yang dilaporkan sudah 12,000 kes ketika itu dan mengorbanka 1,000 orang.

Dan pada hari ini, 18 Mac, Al Jazeera melaporkan, angka kematian di Itali sudah melepasi angka 1,500.

Pakar COVID-19  ini terdiri daripada 13 orang pakar perubatan yang dihantar oleh Jawatankuasa Kesihatan Negara China dan juga Persatuan Palang Merah China.

Selain daripada Itali, China turut menghantar beberapa pakar mereka ke Iran dan Iraq.

China merupakan pusat dan punca kepada koronavirus. Namun pada hari ini kadar pesakit disembuhkan semakin meningkat.

Presiden International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), Francesco Rocca, gembira dan menyatakan Itali sangat mengalu alukan bantuan daripada China.

Pakar-pakar ini turut membawa banyak alat perubatan dan ubat ubatan dengan diwakili oleh 13 pakar bersamanya termasuk 9 doktor.

Selepas itu mereka menghantar beberapa lagi pakar untuk ke Itali.

“Itali memuji langkah China menentang wabak ini. Terima kasih kepada China yang memberikan sokongan dan bantuan kepada Itali pada masa sukar ini.”

“Itali mahu bertukar tukar kepakaran untuk mencegah dan membendung virus ini,” tegas Rocca.

Menteri Luar Itali,  Luigi Di Maio turut berterima kasih kepada China yang menghantar kepakaran mereka ke Itali.

Itali merupakan negara kedua paling teruk terkena koronavirus selepas China.

Itali berhadapan dengan kehabisan stok alatan perubatan seperti baju pelindung khas dan juga face mask.

Duta Itali di EU, Maurizio Massari sebelum ini mengutuk EU yang dianggap tidak serius membantu Itali dalam isu koronavirus.

Beliau berkata: “Itali sudah meminta EU (Kesatuan Eropah) untuk mengaktifkan mekanisme perlindungan sivil kepada bekalan perubatan dan kelengkapan perlindungan individu.”

“Malangnya, tak satu pun negara wakil EU memberikan respon kepada kami. Hanya China yang memberikan respon secara bilateral.”

Duta China ke Itali, Li Junhua memberitahu, mereka mahu membantu Itali untuk mencegah penularan virus itu.

Kerana buat masa ini, virus itu sudah tidak dapat dikawal dan merentas sempadan.

Selain itu, Junhua menganggap tindakan China dan Itali ini adalah contoh terbaik nilai kemanusiaan di antara setiap negara demi keselamatan global.

5 daripada pakar yang dihantar adalah pakar dari Sichuan.

Sichuan dan Itali sebelum ini memang sudah banyak kerjasama dari segi kesihatan.

Ini selepas pada 1998, Itali membantu Sichuan membina pusat perubatan kecemasan terbesar ketika dilanda gemba bumi.

“Pada 2008, ketika Sichuan dilanda gempa bumi, Itali menghantar 14 doktor mereka membantu kami. Mereka tinggal di Mianyang untuk tempoh yang lama serta merawat 900 pesakit.”

Salah seorang pakar itu berkata: “Kami dari Sichuan dan kami sentiasa menghargai apa yang Itali pernah lakukan kepada kami dahulu. Kini tiba masanya untuk kami membantu orang Itali melawan koronavirus.”

Dalam perkembangan berkaitan, China turut membantu Malaysia dalam isu koronavirus.

Baca yang lain